Resepi Ayam Goreng Kuah Asam Jawa

March 19, 2016

Resepi Ayam Goreng Kuah Asam Jawa

Hai, selamat petang.... aduhhh sejak balik kelantan ni nak update entri jadi malas la pulak.. huhuhu... ideal tu ada la datang masih banyak lagi entri dalam draf tentang review yang belum ekin nak share.. tulis sikit stop.. Lagi pulak rasa tak berapa nak sihat sekarang dengan cuaca panas ni.. dalam mulut menepuh nak kata kurang minum air rasa dah terlebih minum air ni... mungkin sebab panas jadi gini.. eh apa ini ekin melalut pasal ekin kan.. 

Sebenarnya ekin nak share masakan ekin untuk hari ini iaitu Ayam Goreng Kuah Asam Jawa disebabkan dalam rumah semua tak lalu nak makan sangat ekin buat kuah ni... lepas ni mesti abang dan mok makan berselera siap bertambah nasi dengan kuah masam-masam asam jawa ni..dari perhatian ekin la kalau masak lauk ni di masa percubaan pertama aritu... 
So menu dah kira menu febret waktu tak lalu nak makan mesti buat la.. hihihi... ekin pun tak berapa nak selera gak terasa nak demam jah panas dalam saja... jom usha resepi yang ekin iaitu Ayam Goreng Kuah Asam Jawa. 

Resepi Ayam Goreng Kuah Asam Jawa 
Oleh : Cik Ash 

Bahan-Bahan 
8 Ketul Ayam  di gaul dengan kunyit dan garam 
(ikut suka la nak letak banyak mana ayam tu ya)
2 biji bawang putih 
1 biji bawang besar merah 
1 inci Halia
2 sudu besar asam jawa 
1 biji lada besar 
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil serbuk perasa 
air 2 bekas tauhu  fu fa tu

Cara Membuatnya 
1. Ayam digaulkan dengan kunyit dan garam lepas tu goreng dalam minyak yang panas goreng jangan bagi garing taw..
2. Setelah ayam sudah di goreng biarkan seketika, tumis la bawang putih,halia dan bawang besar bagi bau wangi gitu-gitu. 
3. Setelah bahan tumis dah garing masukkan air asam jawa ke dalam kuali biarkan bagi kuah tu masak dengan sempurna.. bila kuah tu dah serbati boleh la masukkan ayam yang telah kita goreng tadi kedalam kuali itu..
4. Perasa kan garam dan serbuk perasa bila sesuai dengan rasa tekak anda ok siap tutup api dan boleh dihidangkan dengan nasi panas... 

ok itu saja resepi dari ekin harap ada faham la hihihi... jumpa lagi di lain entri yang akan datang... salam sayang dari cik ash... 


You Might Also Like

5 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017