Drama Satu Cinta TV1 Slot Widuri

June 18, 2016

Drama Satu Cinta TV1 Slot Widuri


Hai korang semua ni ada lagi cerita yang sedang main di TV1 best gak ekin tengok tapi main waktu dekat nak berbuka puasa ekin layan online jah... Drama rantaian khas untuk bulan Ramadan ni diterajui oleh pelakon utama Azreal Ismail dan Dayana Roza. Drama ini sebanyak 30 Episode diterbit oleh JS Picturew Sdn Bhd diarahkan oleh Jamal Khan. Turut membantu menjayakan drama ini ialah Sasqia Dahuri , Hafeez Mikail, Fiza Abdul Halim. 
drama ni telah mulai di tayangkan pada 1o Jun aritu... hihihihi.. kalau korang tertinggal drama bersiri macam ekin boleh jah nak layan tengok online di My Klik ya.. 


 Sinopsis Drama Satu Cinta 
Ia mengisahkan Nek Yam yang tinggal serumah dengan anaknya, Zailan dan isterinya Yati juga anaknya, Faris dan Naina. Zila, anak perempuan Nek Yam seorang ibu tunggal tinggal berasingan dengan Nek Yem mempunyai anak iaitu Airin. Malang bagi Nek Yam apabila dua anak kandungnya itu seringkali mengabaikannya. Tinggallah dia menumpang kasih dengan orang gajinya, Fauziah dan anaknya Umairah. Hubungan mereka begitu rapat dan menimbulkan kemarahan Zila. 

Masa berlalu Faris,Naina,Airin dan Umairah meningkat dewasa. Nek Yam berkenan mahu mahu menjodohkan Faris dengan Umairah. Namun tindankannya ditentang keras oleh Zila dan Yati yang telah dihasut oleh iparnya itu. Mereka menganggap Umairah tidak setaraf  dengan Faris berasal dari golongan berada. Nek Yam tidak peduli dan dia menyuruh Zailan mendaftarkan Umairah belajar di kolej yang sama dengan cucu-cucnya. 

Umairah sering menjadi mangsa  buli Zila dan Airin. Begitu juga ibunya Fauziah yang sentiasa menerima makian dan hinaan Zila dan Yati. Sebaliknya Zailan simpati dengan keduanya. Yati mula cemburukan Fauziah. Zila pula menyuruh Airin mengoda sepupunya Faris untuk mengaut harta Zailan. Pelbagai cara digunakan Airin namun cinta Faris hanya untuk Umairah. 

Kematian Nek Yam membuatkan Zila dan Yati semakin galak mengerjakan Fauziah. Fauziah pula kecil hati dengan Umairah yang dianggap tidak mengikut cakapnya kerana masih berhubungan baik dengan Faris. Kehadiran Irfan yang menarik perhatian Naina digunakan Zila untuk merosakkan hubungan Umairah dan Faris. Namun hubungan keduanya tetap utuh apatahlagi amanat terakhir arwah Nek Yam supaya mereka berdua berkahwin. 

Keadaan bertambah buruk bila terbongkar rahsia buruk bila terbongkar rahsia Umairah merupakan anak luar nikah Fauziah yang telah dirogol oleh bapa Irfan, Syed Karim yang merupakan bekas tunang Zila. Perkara itulah yang membuatkan Zila berdendam dengan Fauziah. 

Cuba lari daripada situasi yang cukup tertekan, Fauziah dan Umairah berpindah daripada rumah tersebut. Mereka cuba memulakan kehidupan baharu. Faris cuba mencari Umairah namum usahanya sia-sia. Adakah kekuatan cinta mampu menyatukan kedua-duanya? 


You Might Also Like

9 ulasan

  1. suka tgk pelakon ppuan tu..

    ReplyDelete
  2. WAhhh dayana rozana berlakon. JS pictures pulak mmg gempak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la gempak sangat nak tengok tak sempat

      Delete
  3. mujur TV1, rumah akak boleh tgk chanel biasa2 jer..

    ReplyDelete
  4. tak pernah tengok citer nih.. nanti nak try cari online laa..

    ReplyDelete
  5. xtengok pun cerita ni..dok tengok Seindah Airmata Cinta je...heehe

    ReplyDelete
  6. Memang tak pernah ikut drama-drama yang bersiri ni. Taktau apa cita terbaru kat TV tu.

    ReplyDelete
  7. Best sangat cerita ini.. Tapi sha selalu tgk separuh2.. Mana yang dan tertengok je..

    ReplyDelete





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017