Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

June 13, 2016

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur


Hai korang semua... agak terlewat nak share resepi Puding Karamel Tanpa Telur ni dekat blog ekin.. ekin buat puding semalam walaupun keadaan kesihatan belum pulih lagi ni ekin kuatkan semangat bangun buat untuk suami dan ibu mentua untuk berbuka puasa. 

Minggu ini suami berbuka dan bersahur dekat rumah.. kena buat kuih hari-hari hihihihi.. hari ini tak taw lagi nak buat kuih apa lagi.. lagipun kuih masih ada baki lagi.. lauk masak jah yang mana dalam peti ais tu... stock ayam tak ada disebabkan harga ayam naik mendadak daripada biasa.. tempat yang ekin selalu pergi beli di kedai Ayam Global tu harga RM7.59 sekilo .. mahal sangat bila puasa ayam ni.. 

Ok la apa ni ekin duk cerita pasal ayam pulak.. meh ekin nak kongsi resepi Puding Karamel Tanpa Telur jah ni terlebih-lebih ke cerita lain. Jom usha resepi kat bawah ini :- 

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur 
Sumber: Lina pg

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
2 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3sb tepung kastard( ekin guna tepung kastard jangung)
1 sk esen vanilla

Cara-cara
Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.


 photo signature_4.gif


You Might Also Like

12 ulasan

  1. Eh.. betullah Cik Ash. Cantik juga kakak tengok
    Tak pernah terfikir buat macam ini.

    ReplyDelete
  2. senang je buat.. baru tau.. ingat kan susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihihi kak ekin pun mula2 ingat susah gak apa senang sangat

      Delete
  3. wah... nanti boleh cuba... thanks.. :D

    ReplyDelete
  4. sangat bagus resipi ni..sesuai bg orang yang tak boleh makan telur..kreatif cik ash ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha kak murni ekin pun tengok daripada resepi orang gak

      Delete
  5. sesuai untuk yang alergik telur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap makan rasa nak buat lagi sebab tak ada telur

      Delete
  6. Adoi.. meleleh air liur nengok.. Lama tak makan puding caramel nie..

    ReplyDelete





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017