Resepi Mee Sup Spontan

August 23, 2016

Resepi Mee Sup Spontan |Assalamualaikum.. hari sabtu baru ni ekin masak mee sup spontan, mesti ramai yang tertanya kenapa nama resepi Mee Sup Spontan kan... begini ceritanya... hari sabtu baru ni ekin pergi spa dekat taman mutiara ni biasa nak relaks kan badan sikit pergi buat sauna dan facial treament hihihihi....cerita pasal spa nanti ekin buat entri khas ya..

Lepas balik pergi  buat treament ekin ajak suami pergi beli lauk untuk seminggu. Ekin beli daging, sayur2 sikit... masa duk pilih barang tu suami ekin dia ambik mee sebungkus dan kuew teaw sebungkus..ekin tanya suami beli mee n kuew teaw tu nak suruh masak ke.. hihihihihi.. teringat kat ibu mentua dia nak makan mee kuah.. ekin nak  mee kuah tak berapa pandai buat try search google macam banyak perlu ada... so jadi terfikir la buat mee sup la senang hahahaha.. bahan-bahan pun ekin buat yang mana dalam peti ais tu saja. Sebab mee su ni dapat nama Mee Sup Spontan.

Ekin buat main agak-agak saja Mee Sup Spontan ni... meh la usha resepi sup yang ekin buat dekat bawah ini...kira aritu satu hari tak makan nasi ok la kan.. kadang-kadang tukar menu masakan apa salahnya kan

Resepi Mee Sup Spontan 
Oleh : Cik Ash

Bahan-Bahan 
1 Bungkus Mee (di celur)
Sedikit Daging 
3 Batang sosej ayam (rebus)
Setengah bawang kuning 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia
3 sudu serbuk sup adabi 
1 rempah sup bunjut
Segenggam taugeh (dicelur)
3 cawan air
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil pati sedap

Cara Membuatnya 
1. Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau , lepas tu masukkan bawang kuning tumis   hingga kekuningan.
 2.  Apabila bawang putih,halia,bawang besar dah masak masuk kan air ke dalam periuk itu.
 3.  Masukkan sup bunjut dan serbuk sup adabi masak sehingga mendidih sup tu.
 4.Bila dah mendidih boleh masukkan daging masak hingga daging lembut.
5.  Apabila sup dah daging dah sebati boleh la masukkan serbuk pati sedap dan garam suaikan      rasa   kalau ada apa-apa yang kurang tambah la.. hihihihi..
6.  Siap masak boleh la hidangkan ya.



You Might Also Like

12 ulasan

  1. mee kuah banyak sikit bahan dia.. sup senang sikit nak buat.. tapi, kalau zaf, sup tak suka dengan mee.. suka dengan bhun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la rasa bnyk bahan mee kuah tu tak buat semula2 nanti

      Delete
  2. Mcm mee hoon sup jugak ye ekin.....
    Daging tu bagi lebih, baru sedap!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah sama jah kalau letak mee hoon tu

      Delete
  3. waweee sedapnya! nanti leh try buat ni.. yum yum

    ReplyDelete
  4. sllu je wat mee sup spontan ni
    tp k.el sllu letak bihun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh.. Nanti nak buat balik letak bihun pulak

      Delete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017