Friday, October 28, 2016

author photo

Drama Arluna Astro Ria 

                     

Assalamualaikum..
 Hai korang semua ni ada novel akan diadapitasi jugak iaitu Arluna. Drama Arluna ini akan mula ditayangkan  di Astro ria pada 8 Mei 2017 . Drama ini merupakan karya Rin Ahmad. Terbitan Global Station Sdn Bhd dan juga diarahkan oleh Emi Suffian. Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama Arluna ini ialah Saharul Ridzwan, Anzalna Nasir, Adeline Tsen,Putri Najuwa,Zoey Rahman,Atilia Haron,Syaffiq Shali,Susan Manen. Sebanyak 16 Episode.


Sinopsis Drama Arluna 
Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Johan Arif dan Nia Arluna. Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark,Singapura tidaklah begitu romantik,Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam. 

Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing. 

Semasa berkahwin muncul kembali bekas kekasihnya Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernag bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Arluna terhadap Johan. 

Apa yang akan berlaku seterusnya nanti? Adakah Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen?

Jangan lupa saksikan nanti drama Arluna yang akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria. 

Apa akan berlaku seterusnya nanti? Adakah Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen?

Saksikan nanti drama Arluna bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.

This post have 14 komentar

avatar
FarahFerraDotCom delete October 28, 2016 at 11:47 AM

akak jarang tengok drama melayu la ekin..hehehe

Reply
avatar
el delete October 28, 2016 at 3:54 PM

byk dah skrg drama yang best2 tp xdak masa nak tgk haha

Reply
avatar
Cik Ash delete October 28, 2016 at 7:52 PM

kak farah ekin ratu drama hahahaha rasa drama tu best ekin kongsi la

Reply
avatar
Sobiha Salim delete October 30, 2016 at 4:29 AM

What....??! Sukee sangat novel ni.. karya Rin Ahmad semua nya best2!! Oppss..terlebih excited plakk..hehe

Reply
avatar
Cik Rose delete October 30, 2016 at 7:14 PM

Oo akan datang.. macam best je sinopsis dia.

Reply
avatar
dalila delete November 1, 2016 at 11:34 AM

oo..ni ganti citer suri hati mr pilot la kan..pelakon2 best..jln citer pun best..tp mesti ade yg nk kacau daun jgk kan..hihi..

Reply
avatar
Sha Mohamed delete November 1, 2016 at 11:45 AM

Tak layan dah drama melayu..
Tambah kalau tayang kat astro.. hehehe

Reply
avatar
Cik Ash delete November 2, 2016 at 2:15 PM

bukan2 ganti mr pilot awak jangan nakal

Reply
avatar
Cik Ash delete November 2, 2016 at 2:15 PM

ha ah banyak drama best2 ekin jadi ratu drama hahhahahaha

Reply
avatar
Cik Ash delete November 2, 2016 at 2:16 PM

ha ah betul2 karya rin ahmad best2

Reply
avatar
Cik Ash delete November 2, 2016 at 2:18 PM

sha ekin pun jarang tengok gak drama astro banyak layan online

Reply
avatar
Cik Ash delete November 2, 2016 at 2:19 PM

xtaw lagi mungkin lepas habis drama awak jangan nakal

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post