Serunding Ayam

October 10, 2016

Serunding Ayam | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..maafkan ekin entri lama tersimpan dalam draf baru teringat nak publish hihihihi...

Hari raya haji yang ketiga aritu ekin ada balik di kelantan untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu sebelah abang, tahun ni lewat balik raya haji.. nak buat macam ner cuti abang dah tak ada.. tu pun cuti tanpa gaji selama 3 hari. Masa nak balik kat kedah hari jumaat aritu mak saudara abang ekin ada kirimkan lauk ayam pedas lebihan kenduri banyak sangat.. ekin fikirkan pada duk membazir gitu baik ekin buat serunding ayam kan.. tu pun mak saudara abang ekin yang bagitaw hihihihi..

Ok la semalam ekin cuba buat serunding ayam tu kiranya ini cubaan pertama ekin buat mana pernah buat serunding ni selalunya beli saja dekat pasar siti khadijah dekat kelantan dulu-dulu.. so sekarang bila dah duk jauh dari kelantan kita kena belajar buat sendiri la kan..

Alhamdulilah cubaan pertama ekin buat serunding ayam ini menjadi sedap sangat makan dengan nasi kosong.. menu diet boleh la ni hahahahaha.. ok la jom kita usha resepi nak buat Serunding Ayam ini dekat bawah

Resepi Serunding Ayam
Ayam
4 sudu besar lada kering (dikisarkan)
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar biji ketumbar
1 kotak santan
4 sudu besar Cili Kisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 senduk gula
1 sudu kecil garam dan serbuk pati sedap


Cara membuatnya 
1. Ayam itu ekin guna yang lebihan ayam pedas basuh dan carikkan halus-halus lepas tu rebus bagi lembut sikit..
2. Lepas tu blend bawang merah,bawang putih dan halia.
3. Jintan putih dan ketumbar disangai (goreng tanpa minyak) selepas tu diblend sedikit kasar.
4.Tumiskan bawang merah,bawang putih, halia bersama dengan cili kisar, biarkannya garing sebentar.
5. Masukkan pula jintan dan ketumbar yang telah diblend kedalam tumisan tu.
6. Masukkan santan.
7. Kacau sebati dan masukkan isi ayam tadi,garam,gula dan juga kerisik.
8. Goreng dengan api kecil selama lebih kurang 3-4 jam deh sampai garing

*ekin buat sebentar jah hahahhah derhaka sikit... mujur sedap gak tapi dia berketul-ketul sikit.



You Might Also Like

10 ulasan

  1. Replies
    1. sedap sangat makan dia saja pun ok

      Delete
  2. Makan dengan roti sedapnya kak ekin T_T

    ReplyDelete
  3. wah kreatifnya..betul laa dari membazir buang..orang dlu2 pon buat macam ni la..nak minta sikit boleh x???

    ReplyDelete
  4. Sedap nih ... Makan ngan nasi panas tak toleh kiri kanan dah ...

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa tak reti buat tau makan ja

    ReplyDelete
  6. Rajinnya Ekin.. best nie buat inti popia simpul..

    ReplyDelete





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017