Kad Kahwin Amar Baharin dan Amyra Rosli

November 04, 2016

Amar Amyra Kad Kahwin
Kad Kahwin Amar Baharin dan Amyra Rosli | Assalamualaikum.... Hai korang semua apa khabar untuk hari ini.. ekin harap semuanya sihat walafiat ya...

Ni ekin ada nak share dengan semua kad kahwin pasangan artis yang berlakon dalam drama Drama Cik Bunga Dan Encik Sombong ini yang akan berkahwin bulan ni.... cantik sangat kad kahwin pasangan ni.. 

Petikan Dari Berita Harian
"Alhamdulillah, setakat ini semua persiapan lancar cuma tinggal beberapa perkara kecil saja. Keluarga kami banyak membantu kerana kami sibuk dengan jadual kerja yang padat. "Doakan semuanya mengikut perancangan. Saya bakal berangkat ke Dubai, Khamis ini untuk penggambaran drama bersiri, Isteri Tuan Ihsan," kata Amyra. 

Bakal raja sehari, Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, mula mengedarkan kad undangan perkahwinan mereka kepada kenalan, sanak-saudara dan media. Kad undangan berwarna lembut dengan rekaan ringkas itu memaparkan aksi Amar dan Amyra saling berpandangan, sambil Amyra memegang sejambak bunga dalam persalinan pengantin yang cantik. 

Kad yang diterima BH antara lain menyebut majlis resepsi pihak pengantin perempuan akan diadakan di Grand Ballroom, Premiera Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada jam 8.30 malam 12 November depan. 

Mengikut perancangan, Amar dan Amyra akan bernikah sehari sebelum majlis resepsi. Pada 19 November pula, majlis bertandang sebelah keluarga Amar akan berlangsung. Teka teki hubungan Amyra dan Amar menemui titik noktah apabila pasangan itu membuat sidang media khas mengumumkan tarikh pertunangan mereka. 

Majlis pertunangan Amyra dan Amar diadakan secara tertutup pada 22 Julai lalu di Sunway Montana, Desa Melawati, Kuala Lumpur. Pada majlis itu, Amar menyerahkan lima dulang hantaran termasuk cincin dan dibalas tujuh oleh pihak perempuan. - BHarian

Semoga dipermudahkan majlis buat kedua-dua pasangan ni semoga perkahwinan berkekalan akhir jannah ya..

You Might Also Like

4 ulasan

  1. cantik..semoga jodoh mereka berkekalan sampai syurga..Aamiiin!

    ReplyDelete
  2. jemput join

    http://www.aerillhassan.com/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html

    ReplyDelete
  3. Cantik kad dia.. semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga..

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017