Juara Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016

December 29, 2016

Juara Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 | Assalamulaikum.. Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya... 
Pada 9 December 2016 aritu telah berlangsung Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 yang telah di adakan di MAHA 2016 dekat Serdang , Selangor.


Pertandingan ini telah diadakan dengan meriah sekali dan juga diadili barisan juri-juri yang akan menentukan pemenang-pemenang terbaik mengikut kriteria seperti kebersihan,persembahan dan citarasa..Antara juri-juri yang terlibat pada hari itu ialah Chef Celebriti Chef Jo Chef Profesional UFS,Chef Mohd Hadzrin Mohd Din, Penulis Buku Resepi dan Blogger , Ruzita Idias Ismail dan juga Nor Ariffin Hamzah Blogger terkenal dan juga merupakan Pengasas Projek Blogger Utara.


Barisan Juri Cabaran RKK Peringkat Akhir 2016


Antara finalis-finalis Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 terdaripada :- 

Raie Mahidin ( Juara Zon Sentral)
Tema:Hantaran & Hidangan Perkahwinan


Mohd Salezahrin Mohd Salleh (Juara Zon Selatan) 
Tema:Santapan D'Raja Sri Menanti Istana) 


Mohd Hilmi Mohd Alia Ahmad (Juara Zon Pantai Timur)
Tema: Warisan Kampung Knorr

Budiman Bistari Mohamed (Juara Zon Utara)
Tema: Hidangan Portluck Knorr 1 Malaysia

Kini tiba keputusan penuh Juara Cabaran Kuar Knorr 2016 telah dimenangi oleh Encik Budiman Bistari Mohamed dari Zon Utara  yang bertemakan Hidangan Port Luck Knorr 1 Malaysia yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM41,500. Tahniah kepada Encik Budiman,41 merupakan pengusaha trak makanan dari selangor. 


Hidangan daripada Juara Hidangan Port Luck Knorr 1 Malaysia merupakan resepi generasi turun-temurun dari arwah datuk dengan olahan semula untuk memenuhi tema dan masa pertandingan. 



Terima kasih juga kepada barisan juri-juri dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan akhir ini dan juga Tahniah kepada pemenang dan perserta Cabaran Raja Kuah Knorr 2016. Cabaran Raja Kuah Knorr dijayakan bersama dengan penyertaan jenama peralatan dapur komersial Butterfly serta jenama Harmuni untuk santan dan kicap. 


Tahniah pada pihak UFS atas penganjuran pertandingan ini & sekali lagi terima kasih yang tak terhingga sebab masih sudi memberi kepercayaan kepada team #projekbloggerutara untuk turut serta & menjadi salah seorang juri di hari yang penuh bersejarah gitew. Kami team #projekbloggerutara betul2 terharu. Diharapkan pertandingan seumpama ini memberi insprasi kepada pengendali makanan untuk terus mencipta menu2 yang kreatif dan terbaik.




You Might Also Like

3 ulasan





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017