Tuesday, February 21, 2017

author photo

Drama Namaku Bedah |  Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar.. harap sihat la  ya...


Siapa kat sini layan drama Namaku Bedah.. ekin start tengok drama ni hari rabu aritu tengok sampai episode 6 sejak ada Hypptv ni cerita dekat tv jarang nak tengok sangat tak yak duk risau mesti ada dalam KODIM tu.. 

Eh hampir ekin terlupa nak bercerita pasal drama Namaku Bedah merupakan drama diadaptasi dari novel karya Mohd Shahremy Ikmal. Drama ini dibintangi oleh pelakon Aishah Azman,Niezam Zaidi, Syanie Shuhaimi,Nadmi Adhwa dan ramai lagi yang turut berlakon dalam drama ini..  Drama bersiri 20 episode ni telah ditayangkan pada 5 Februari aritu main setiap hari selasa hingga ahad jam 8.30 malam di slot Kelakarama di TV9. Jom baca sinopsis drama Namaku Bedah ini dekat bawah ini :- 

Sinopsis Namaku Bedah 
Mengisahkan Bedah ( Aishah Azman), seorang gadis pintar dan lincah namun mempunyai perwatakan yang agak gedik dan sentiasa ingin bergaya. Wajah cantik dimilikinya telah membuatkan ramai jejaka tertarik dengan Bedah namun mereka mentertawakannya apabila mendapat tahu nama sebenar Bedah malah dijadikan bahan ejekan. Bedah gabungan nama tanda kasih sayang ibunya iaitu Hamidah dan ayahnya Bedul. 

Selepas tamat persekolahan Bedah telah melanjutkan pengajian ke kolej. Di kolej, Bedah menjadi perhatian ramai pelajar lelaki, Sehinggakan ada yang tidak tidur malam, dan bergaduh  semata-mata nak berebut mendapatkan hati Bedah. Suatu hari secara tidak sengaja Bedah bertemu dengan Zuhairi (Nadzmi Adhwa), seorang anak jutawan terkenal. Bedah terpegun dengan ketampanan Zuhairi. Rupa-rupanya Bedah tidak bertepuk sebelah tangan, kerana Zuhairi juga turut meminati Bedah. Mengetahui status Zuhairi Bedah menggunakan nama samaran Sebagai Puteri Anis. 

Bedah sangat teruja sehingga apa yang dilakukan serba tak kena. Bedah juga telah berjanji dengan dirinya sendiri untuk tidak melepaskan Zuhairi dalam hidupnya sehinggakan dia berfikir untuk berhenti belajar dan terus berkahwin. Dia menceritakan perihal ini kepada Tasha (Syainie Aida), teman karibnya sejak dari kampung lagi, tetapi ideanya itu ditentang oleh Tasha yang merasakan perjalanan mereka masih jauh dan tidak perlu untuk berhenti belajar. Bedah sudah lupa diri, dia juga nekad untuk menukar namanya agar tidak diketahui Zuhairi. Bedah meminta pertolongan Iskandar yang mempunyai kenalan untuk menukar nama pada kad pengenalannya.

Bedah mahu dikenali sebagai Puteri Anis. Kerana mempunyai kekasih yang kaya, Bedah juga megubah penampilannya, bergaya mewah dan tidak lagi seperti gadis kampung. Bedah juga sudah mula bercakap besar dan bersikap sombong dengan orang-orang di kampung. Apabila Puan Hamidah mengetahui keputusan Bedah untuk berhenti belajar dan berkahwin, keputusan itu ditentang sekeras-kerasnya. Puan Hamidah turut meminta Zuhairi untuk datang berjumpa dengannya terlebih dahulu. Walaupun Zuhairi tidak biasa dengan suasana kampung, dia sanggup kerana ingin mengambil hati bakal mertuanya itu. Bedah risau kerana jika Zuhairi menemui ibunya, segala rahsia bakal terbongkar.

Kalau nak taw  kisah selanjutnya kena la tengok drama Namaku Bedah ni.. hihihihi...



This post have 6 komentar

avatar
Norihanyusuf delete February 21, 2017 at 10:22 AM

seronok plak citenya bila baca sipnosis ni.
tapi menyampah kegedikan bedah tu yg buat kak an terus tak jadi tengok

Reply
avatar
el delete February 21, 2017 at 10:58 AM

sejak duk umah baru ni x rajin tgk tv dah..
melayan drama korea kat hp je haha

Reply
avatar
Cik Ash delete February 22, 2017 at 8:33 AM

tu la memang seronok baca sinopsis.. tapi bila tengok drama benci gak kadang2 ekin join MIL tengok dia minat drama ni hihihihihi

Reply
avatar
Nina Mads delete February 26, 2017 at 7:44 PM

macam best tp alahai tak sempat nk tgk semua drama kt tv

Reply
avatar
Cik Ash delete February 27, 2017 at 12:21 PM

tak layan tv tengok online loni

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post