Keputusan Pemenang Aungerah Bintang Popular Berita Harian 30

May 15, 2017

abpbh30 

Assalamualaikum.. 

Semalam telah berlangsung ABPBH30 di tv3..  ABPBH30 adalah anugerah yang memberi penghargaan kepada penggiat seni hiburan di malaysia.. Anugerah ini telah diadakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Rancangan ini turut disiarkan secara langsung melalui radio Hot FM dan Kool FM. 

Penaja dalam ABPBH30 ini ialah Penaja siaran langsung iaitu TV3, Penaja Utama iaitu Pamoga Quputeh, manakala penaja bersama dengan  Coca Cola, turut terlibat stesen radio rasmi Hot FM,Kool FM , dan lain-lain.

Pengacara yang menjayakan ABPBH30 ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud (OGY), Zulin Aziz dan Faizal Ismail.. ekin duk ingat pengacara kak engku dan kak shiera akan mengacarkan malam tadi rupanya tidak.. tapi alhamdulilah abpbh30 macam taw orang nak dua pengacara tu dia bagi la dua pengacara tu umum anugerah kepada pemenang walaupun sekejap dah menyerikan abpbh30 malam tadi.. 

Persembahan pembukaan penyanyi Amy Search dan Haiza masa ni ekin tak tengok mana hihihihi.. Antara artis yang membuat persembahan pada malam itu ialah Noraniza Idris,Usop,Tajul,Khai Bahar, Siti Nurhaliza, Ayda Jebat , Elly Mazlien,Mawi,  Syamsul Yusof ,Bob Af2,Jacly Victor, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi.. 

Ini ialah hasil keputusan undian dari peminat-peminat artis.. ekin memang dapat jangka siapa yang menang anugerah setengah-tengah malam tu.. 

Keputusan Pemenang ABPBH30

Artis Baru Lelaki Popular -Khai Bahar memang tak sangka dia menang.. rezeki dia kan..sebabnya ekin ingat aiman tino yang dapat.. 

Artis Baru Wanita Popular - Sweet Qismina - Sweet ni dah lama berlakon sejak budak lagi rasa cerita Hikayat Putera Shazlan,Epit dan Elly. mungkin masa tu dia masih budak-budak belum dikenali.. Bila dah remaja banyak drama yang beliau berlakon cerita seram Hantu Wan Peah , Sayang papa saya tak dan banyak lagi drama yang dia berlakon ekin lupa hihihihi.. so anugerah rezeki dia tuah berlakon dalam Hantu Wan Peah la tu kan mengutip 10 juta penonton.. hihihihi..

 Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar , rezeki milik khai lagi... duk sangka Faizal Tahir ataupun Tomok.. 

Penyanyi Wanita Popular - Siti Nordiana- Tahniah buat nana memang layak nana menang anugerah ni terbukti nana bukan artis suara                                                               kampung.

Pengacara TV Popular - Neelofa peminat ramai undi harus la lofa dapatkan gabungan  fanclub fattah n lofa.. hihihihi

Penyampai Radio Popular - Radin (Era FM) Tahniah buat radin.. tak taw nak kata apa dah sebab sejak kahwin ekin dah jarang duk layan  radio tak kenal mana radin hahhahaha... kenal yang  lama-lama jer..

Artis Vesatil Popular - Ifa Raziah 

Artis Duo/Kumpulan Popular - Akim & The Majistret memang jangka akan dapat kat kumpulan akim the majistret sebab lagu-lagu dia best ekin suka dengar hihihihi..  


Pelakon TV Wanita Popular - Janna Nick 


Pelakon TV Lelaki Popular - Fattah Amin -Ramai peminat undi harus la menang.. ekin pun minat  gak fattah amin sejak berlakon dalam drama Cinta Ibadah tu..  sebelum ni memang tak suka hahahhha... 


Artis Komedi Popular - Zizan Raz - memang dah jangka zizan menang sebab dia memang  lawak.. hihihihi peminat pun ramai gak ni.


Pelakon Filem Wanita Popular - Fazura 


Pelakon Filem Lelaki Popular - Zul Ariffin 


Anugerah Sepanjang Hayat- Ella 


Bintang Paling Popular - Fattah Amin -Rezeki milik fattah malam ni.. peminatnya ramai wow.. 

Manakala Kategori Online turut diberi penghargaan jugak ialah

Gandingan Serasi Drama 
Fattah Amin dan Neelofa - Suri Hati Pilot

Gandingan Serasi Filem 
Syamsul Yusof dan Nabila Huda - Munafik

Artis Berpengaruh Di Laman Sosial 
Neelofa

Personaliti Medan Sosial 
Makhlok Macho

Ok itu saja yang ekin nak kongsi jumpa lagi nanti..



You Might Also Like

5 ulasan

  1. Fattah Amin yang paling popular kan..rezeki dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak farah dia memang popular

      Delete
  2. ekin..betulkan spacing..xcantik..huhu

    ReplyDelete
  3. Fattah amin bintang paling popular! Tgk smlm mmg x percaya tau..like he said dulu org komen pelakon kayu..rezeki!

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017