Resepi Ikan Percik Kelantan

May 28, 2017

Resepi Ikan Percik Kelantan 

ikan percik


                                                     Assalamualaikum..
Hai rakan-rakan yang mengenali ekin, harap semuanya sihat walafiat ya..Alhamdulilah hari kedua berpuasa dan hari ini berbuka masak untuk berbuka Ikan Percik Kelantan dan ayam goreng ala kak wook jer.. Lauk simple sangat. manakala air pulak suami ekin beli dekat bazar ramadhan hari ini balik keje awal tu suruh dia beli air dan murtabak jer..

Air untuk berbuka tadi suami beli air tebu dan air tembikai... bulan puasa ekin langgar pantang aduhaiiii berbuka minum ais batu.. nak buat macam ner tekak berasa haus sangat bila dapat minum ais batu nikmat sedap tapi gak letih la kalau minum ais ni.. Eh hampir terlupa ekin pasal ikan percik kelantan.. ikan percik kelantan kalau bulan biasa jarang sangat nak membuatnya bila puasa rajin la pulak hahahahha.. biasa la kan tekak dah teringin makan kita buat jer.. yang penting resepi tu ekin belajar dari ma kat kelantan tu yang ikan percik kelantan.. hihihihi

Kiranya puasa tahun ini baru buat Ikan Percik Kelantan ni , masa buat berdoa semoga sedap sangat, alhamdulilah sangat sedap suami puji sedap ada semua rasa percik hihihihi.. mil pun makan ikan habis selalu tak habis makan biasa la mil ekin sakit tua..

Dekat bawa ini ekin kongsikan resepi ekin buat ikan percik selamat memcuba ya..

Resepi Ikan Percik Kelantan

Bahan-Bahan :-
6 ekor ikan lolong a.k.a Uji Rashid -Kelar
2 ulas bawang merah *
sedikit halia *
1 batang serai (diketuk2)
santan (beli rm2.00)
2 keping asam keping 
1 sudu kecil garam 
1 sudu besar gula 
1 sudu serbuk kunyit * 
2 cili kering *

(yang * dikisar bersama )

Cara Membuatnya :-
Ikan dilumurkan dengan garam dan kunyit. Bakar ikan sehingga masak.
Sambil membakar ikan , masak santan bersama dengan bahan kisar,asam keping, garam dan gula sehingga pekat.

Setelah ikan dah masak, di balik balikan, Selepas itu itu lumurkan la kuah percik atas ikan dan di bakar lagi. Balikkan dan lumur lagi kuah percik berulang-ulang.

Bila dah kedua-dua belah lumur kuah percik siap sedia untuk di angkat.. hihihihi..

Ok itu saja resepi Ikan Percik Kelantan daripada ekin selamat mencuba ya... jumpa lagi di hari lain resepi lain pulak.. biasa waktu malam ni entri insyaAllah akan ada entri resepi kalau ada mood rajin nak menulis la.. hihihihi



You Might Also Like

11 ulasan

  1. kat sini panggil ikan mata besar aka ikan uji rashid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakcik WP yup kat kedah pun panggil ikan uji rashid..ekin sebab panggil lolong orang kelantan kan..

      Delete
  2. pandainya ekin buat percik... akak tak pernah buat... hehe

    ReplyDelete
  3. Simplenye resepi dia Kak Ekin.. nampak sedap je.. insyaallah, ada masa boleh cuba nant.. :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya... X pernah Cuba lagi ni

    ReplyDelete
  5. Nanti boleh try buat resepi ni. Bakar2 memang best dan sedap. Tak pernah lagi ikan mata besaq buat bakaq, selalu ikan temenu bakaq ja duk buat.. tq kak ekin, share resepi..

    Shad
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/05/resepi-mudah-udang-goreng-kunyit-planta.html

    ReplyDelete
  6. sedapnyer tengok ikan 2 bulan puasa ini..nk cubalah,
    Terima kasih atas info tersebut.silalah singgah diblog saya http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. sedapnya..nak try la..

    jom singgah blog fieda klu x keberatan https://piedafieda.blogspot.my

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017