Resepi Karipap Inti Ubi Kentang

May 05, 2017

 Resepi Karipap Inti Ubi Kentang  

Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, ekin harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat..

Entri ni lama duk tersimpan dalam draf ni baru share hihihihihi.. lepas tu terasa nak makan karipap untuk berbuka ,entri bulan 2 ni hahhahah... kebetulan stock ubi kentang borong dekat tesco banyak sebab barang clear stock harga rm90sen hihihihii.. alhamdulilah kulit karipap yang ekin cuba ni sangat menjadi siap anak saudara puji lagi.. hihihihihihi.. 

masa sambil pilih ubi kentang ada seorang kak dia kata pilih ubi kentang ok akak beli buat karipap selalu.. masa duk cakap dengan akak tu ekin siap tanya resepi nak bagi kulit karipap rapuh bila dimakan.. 

Jom usha resepi yang ekin nak kongsikan dengan korang semua... 

Resepi Karipap Inti Ubi Kentang 

Oleh : Cik Ash 

Bahan-bahan buat kulit karipap :-

2 Cawan Tepung Gandum 
3 sudu majerin
3 sudu minyak 
Sedikit garam.

Cara Membuatnya :- 

1. Panaskan minyak dan majerin dalam kuali.. 
2. Sejukan dahulu minyak dan majerin.
3. Lepas tu masukkan tepung gandum dalam mangkuk gaulkan dengan minyak majerin sampai jadi doh.. 

Inti Ubi Kentang :- 

Bahan-Bahan :- 
3 biji ubi kentang (potong dadu kecil)
isi ayam ataupun daging
1 labu bawang holand (kisar halus)
1sudu besar rempah kari 
1 sudu teh garam 
1 sudu teh serbuk perasa
secubit oregano

Cara Membuatnya :-

1. Tumis bawang holand hingga garing lepas tu masukkan rempah kari goreng pecah minyak .
2. Selepas itu masukkan isi ayam/daging ke dalam kuali. Gaulkan hingga sebati.
3.lepas  itu masukkan ubi kentang dan masak hingga ubi empuk dan air kering ya.
4. Tambah perasa garam ,serbuk perasa dan oregano sikit.
5.Masak hingga kering inti ya..





You Might Also Like

16 ulasan

  1. sedapnya.. mau buat jugakla.. nyummm

    ReplyDelete
  2. Kak Ekin... rindu~~ :) wah, rumah dah baru la..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Mimie rindu gak... hihihihi tu la rumah baru dah..

      Delete
  3. lapar tengok karipap Kak Ekin buat ni.. post sikit... :D

    ReplyDelete
  4. karipap ni kan kadang2 k.el buat jadi
    kdg2 terus terbukak dia punya doh
    geram sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la dengan ekin kak el.. kadang terbuka kadang2 ok gak.. duk tengah belajar lagi ni

      Delete
  5. Siqah suka karipap. Cuma bab buat inti yang malas. Hehe

    ReplyDelete
  6. Nak try laaa x penah buat..bookmark this entri

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat la sis JM.. selamat membuat ya :)

      Delete
  7. Letak origano? Ingatkan masak pasta or spageti je letak origano

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha ekin ni pelik2 Sis JM ada saja nak letak gantikan dengan daun sup hahahah

      Delete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang

LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME APRIL 2017