Drama Korea Versi Islamik "Aku Ada Wali-Fatimah Syarha"

December 21, 2013




ekin dapat info dari fb pages Fatimah Syarha novelnya Aku Ada Wali bakal diadaptasi ke drama.. Alhamdulilah cerita islamic ni yang ekin tunggu selepas cerita  Warkah cinta, Cinta dan Wahyu  yang telah diadaptasi aritu.. semoga cerita macam ni diperbanyakkan lagi di siaran tv. Aku ada Wali bakal bersiaran di Tv AlHiljrah pada 14  Januari 2014  setiap selasa pukul 10 malam.. Barisan pelakon yang membintangi drama ni Siti Saleha,Zahril Adzim,Puteri Chi Chi, Aida Jebat dan Zoey Rahman. 


ni sumber dari utusan malaysia



SUDAH menjadi formula buat penerbit kini untuk menerbitkan drama berdasarkan adaptasi novel popular. Bagaimanapun pendekatan berbeza diambil dalam pembikinan drama bersiri Aku Ada Wali yang akan ditayangkan di Tv AlHijrah pada Disember nanti. Penerbitnya memilih untuk menayangkan drama 13 episod itu dahulu sebelum melepaskan novel Aku Ada Wali di pasaran.
Bagaimanapun konsep asal drama ini sebenarnya memang hadir dari penulis novel terkenal iaitu Fatimah Syarha Mohd. Noordin yang juga penulis novel Seindah Mawar Berduri.
Idea itu hadir ketika perbincangan antara pihak penerbit dan penulis.
Menurut pemilik Tsar Asia Sdn. Bhd., Wan Sariah Wan Jaafar, dia percaya dengan kemampuan drama itu memandangkan Fatimah Syarha sudah mempunyai peminatnya sendiri.
"Saya memang mahu drama bersiri ini ditayangkan dahulu dan seterusnya baru novel dikeluarkan.
"Saya percaya akan kemampuan drama ini memandangkan penulis novel itu sendiri sudah mempunyai pengikutnya sendiri," katanya.
Memilih pelakon hebat seperti Siti Saleha, Zahiril Adzim dan ramai lagi menurut Sariah, demi memberi kelainan dari drama bersiri lain yang sering memilih Asia Barat sebagai lokasi percintaan, Korea Selatan dilihat mampu memberi kesan berbeza buat drama Aku Ada Wali.
"Sebenarnya kami mendapat bantuan dari pihak pelancongan Korea Selatan untuk mendapat lokasi yang menarik di sana. Selain Seoul, Busan juga akan menjadi lokasi penggambaran drama ini.
"Kalau mahu diikutkan, ini merupakan projek terbesar untuk produksi saya, memandangkan ia melibatkan penggambaran di luar negara serta ramai pelakon hebat. Bagaimanapun mengenai bajet pula tidaklah terlalu besar kerana kami mendapat banyak bantuan terutamanya dari pihak AirAsia," katanya.
Sementara itu bagi pengarah drama ini, Aidilfitri Mohamed Yunos, sungguhpun pihak Tv Alhijrah mempunyai sukatan tersendiri, namun drama ini tidak terlalu berat dengan kisah agama.
Mahu nampak santai dengan cinta remaja, Aku Ada Wali bagaimanapun tetap mematuhi batas-batas yang telah dipersetujui.
"Kekuatan drama ini sebenarnya mengenai pendirian seorang gadis dalam bertemu jodohnya.
"Saya tidak melihat sesuatu yang sukar untuk mengarah drama cinta remaja ini sungguhpun sudah ada aturan yang ditetapkan," katanya.

 photo signature_4.gif

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017