Saturday, June 27, 2015

author photo
#Cabaran20Hari | Erti Puasa Bagi Saya | Assalamulaikum...Hai.. hari ini dah hari kesepuluh seluruh umat beragama Islam berpuasa kan..hari ini merupakan #Cabaran20hari Puasa/Raya anjuran EFG dan Benasshari group telah bermula hari ini dengan Tajuk Pembukaan Apa Erti Puasa Pada Anda . Ekin teruja nak join boleh blog terupdate kan. Jom baca erti puasa pada ekin kat bawah ni. 

                                         #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Apa yang ekin taw pasal erti puasa ini ialah puasa dari segi  bahasa ialah menahan diri daripàda sesuatu. Manakala dari syarak pula ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga la terbenam matahari dimulai dengan niat untuk puasa, untuk mengharap keredaan Allah s.w.t. 

HIKMAH DAN KELEBIHAN PUASA
Seluruh umat islam dipelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Mereka bersatu hati dan haya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.  Menimbulkan rasa insaf kepada semua golongan yang berpuasa sana ada maya ataupun miskin..  begitu jugak melahirkan insan yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Berpuasa juga dapat menyembuhkan segala penyakit kerana perut dapat direhatkan ketika berpuasa. Puasa dapat melatih diri supaya bersabar keraana sabar itu sebahagian daripada iman dan sifat mulia. Hanya dengan bersabar, maka orang yang berpuasa tidak akan makan atau minum serta melakukan perkara-perkara lain yang membatalkan puasanya selagi belum tiba masanya untuk berbuat demikian

Orang yang berpuasa akan sentiasa disayangin Allah, serta selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa yang kecil.  begitu dapat menlakukan pelbagai ibadah dalam bulan puasa ni..  Dalam bulan Ramada semua pintu-pintu syurga terbuka serta ditutup semua pintu neraka.. syaitan dirantai semasa bulan Ramadasn supaya tidak mengganggu manusia. 

SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA 
Antara syarat wajib puasa ialah Islam iaitu tidak diwajibkan puasa kepada kafir. Yang kedua ialah baligh. Tidak diwajibkan puasa kepada kanak-kanak tetapi ibu bapa hendaklah menyuruhnya berpuasa ketika berumur 7 tahun dan memukulnya jika enggan berpuasa ketika berumur 10 tahun. Yang ketiga ialah berakal. Tidak wajib puasa kepada orang gila sma ada tunai atau qada. Dan yang keempat pula ialah berkemampuan iaitu berkuasa atau bertenaga untuk berpuasa. 


SYARAT SAH PUASA
Syarat sah puasa ialah Islam ketika berpuasa iaitu tidak sah puasa orang kafir atau murtad. Yang kedua ialah mumayyiz dab berakal sepanjang hari berpuasa iaitu tidak sah puasa orang yang tidak mumayyiz atau tidak sah puasa orang gila. Yang ketiga ialah bebas atau suci daripada haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) sepanjang hari berpuasa sekali pun semasa kelahiran tidak mengeluarkan darah. Sekiranya ketika sedang berpuasa tiba-tiba keluar haid dan nifas atau berlaku kelahiran maka batal puasanya. Yang keempat ialah hendaklah puasa itu waktu yang dibolehkan. Oleh itu tidak sah puasa pada hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) hari-hari Tasyrik, hari Syak dan pada pertengahan kedua bulan Syaaban.

Itu saja yang ekin dapat huraikan serba sikit erti puasa bagi ekin diatas pembacaan ekin la... Ok la ekin nak berehat dulu dari blog nak tidur jap ya.. bangun sahur 4.30 pagi tidak lelap Mata lagi ni biasa la baru selesai buat keje rumah kan tu tak habis lagi nak mengemas lagi... 

This post have 13 komentar

avatar
Ain Athirah delete June 27, 2015 at 2:15 PM

Nice entry ! Bulan Ramadhan adalah sebaik2 bulan untuk kita muhasabah diri :)

Reply
avatar
dear anies delete June 27, 2015 at 8:35 PM

Terbaikkk punya penerangan!!!

Reply
avatar
Dunia Zumal delete June 28, 2015 at 9:12 AM

Bersama kita meningkatkan iman dan takwa sempena bulan mulia ini...

Reply
avatar
Farrah MF delete June 28, 2015 at 2:10 PM

Complete explanation-nya :)

Reply
avatar
Farrah MF delete June 28, 2015 at 2:11 PM

Lupa plak nak wish Ekin - Semoga gigih dan jadi blogger tegar yg berjaya lengkapkan mission hihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete June 28, 2015 at 4:57 PM

Terima kasih kak farah inshaAllah semoga dipermudahkan

Reply
avatar
Cik Mimie delete June 29, 2015 at 1:15 PM

Wah, ada mission..gudluck Kak Ekin :)

tag akak kat sini ye :) http://norshamimi.blogspot.com/2015/06/ga-raya-2015-blog-jaket-biru.html

Reply
avatar
arysha_fayyadh delete July 2, 2015 at 3:20 PM This comment has been removed by a blog administrator. Reply
avatar
Cik Rose delete July 4, 2015 at 6:33 AM

Selamat berpuasa! Moga dapat meneruskan misi entry entry dalam cabaran tu ;)

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post