Drama Eksperimen Cinta

July 14, 2015

Drama Eksperimen Cinta 



Drama adaptasi Novel Eksperimen Cinta akan disiarkan slot Dahlia TV3. Fahrin Ahmad akan bergandingan dengan Izreen Azminda sebagai watak utama. Novel karya Anjell ini diarahkan oleh Emi Suffian, terbitan Zeel Production. 

EKSPERIMEN CINTA

GENRE : Komedi / Romantik
TARIKH : 11 April 2015 (Sabtu & Ahad – 7.00pm)
JUMLAH EPISOD : 24 Episod
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENGARAH : Emi Suffian Sabhe
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Fahrin Ahmad, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Ammar Alfian Aziz, Mira Filzah, Faye Kusairi, Mimi Lana, Ryiena Ismail, Mei Fenlim, Amyza Aznan, Kyra Wardina, Mas Khan
LAGU TEMA / OST EKSPERIMEN CINTA
Tajuk Lagu : Mungkin Kamu
Artis : Sissy Iman

WATAK PELAKON
Fahrin Ahmad sebagai Tengku Aaron
Izreen Azminda sebagai Damia Farisha
Ammar Alfian Aziz sebagai Adam Haris
Mira Filzah sebagai Suraya
Faye Kusairi sebagai Salmi
Mimi Lana sebagai Mellisa
Ryiena Ismail sebagai Nana
Sherry Ibrahim sebagai Seri
Mei Fenlim sebagai Lucy
Mas Khan sebagai Marcelo

Sinopsis Eksperimen Cinta

Kali pertama bertentang mata, Tengku Aaron Shah sudah mula tertarik dengan perwatakan Damia Farisha Razak yangg lain daripada perempuan lain di sekelilingnya. Sangat tak terduga sikapnya. Tengku Aaron mengugut Damia untuk menerima lamarannya, semata-mata hanya untuk bereksperimen cinta. Hakikatnya, perkahwinan itu adalah untuk mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya Tengku Andrean yang dianggapnya telah merampas kekasihnya, Seri. Aaron mahu tunjukkan yang dia juga boleh hidup bahagia.


Kehidupan mereka berubah apabila duduk serumah. Cemburu menguatkan rasa hati. Berjauhan membuaikan rasa rindu. Kehadiran Salmi yangg cuba menuduh Tengku Aaron menghamilkannya mengganggu kebahagiaan rumahtangga mereka. Bagi Damia selagi lafaz talaq tidak terucap, selagi itu maruah Aaron akan dijaga.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017