Resepi Nasi Tumpang Kelantan

July 10, 2015

Resepi  Nasi Tumpang:

google images

google images

Bahan-bahannya
1. Beras
2. Ikan Kembung
3. Bawang Merah
4. Bawang Putih
5. Lengkuas
6. Ketumbar
7. Kunyit/Serbuk Kunyit
8. Cili Kering
9. Santan
10. Gula Melaka/Manisan
11. Garam
12. Asam Keping
13. Serunding Daging/Ikan
14. Telur
15. Udang jika ingin dimasukkan sebagai samba
16. Daun Pisang
Gulai ikan:
1/2kg Ikan Kembung/Selar ~Direbus dengan sedikit garam dan asam keping
Kuah Gulai:
10 ulas Bawang Merah
1inci Lengkuas
2 ulas Bawang Putih
1 sudu teh Ketumbar
1 inci Kunyit/1 sudu Serbuk kunyit
5 tangkai cili kering ~(dimesin halus)
250gm Santan (Tp belilah extra, Just in case
Gula Melaka/Manisan (‘Nisey’ orang kelantan panggil
Garam
Asam Keping
Cara-caranya lebih kurang nak buat Masak Lomak Cili Api.. tidak perlu tumis.
Untuk nak buat Gulai Udang.. Resipinya sama, cuma letak lebih sikit gula Melaka/manisan tu.. Kalau gulai Udang kena manis sikit.
Bila gulai dah hampir masak, boleh letak cili merah/cili hijau untuk ambik bau wangi dia.
Untuk Nasi dia.. Sukatan dan cara buat tu lebih kurang nasi impit.. cuma kena kacau lebih sikit sampai nasi betul-betul kering dan tidak berbiji-biji.Cara nak bungkus:Daun pisang dilayur atas api dan dikelongsor macam mamak jual kacang
1st layer : Nasi
2nd Layer : Serunding daging/ikan
3rd layer : Nasi
4th Layer : Lauk Gulai Ikan/Udang
5th Layer Nasi
6th layer : Telur Dadar
7th Layer : Nasi.

* Masa masukkan nasi tu, kenalah tekan-tekan sikit biar jadi padat..






You Might Also Like

21 ulasan

  1. Macam tu rupanya nasi tumpang...

    ReplyDelete
  2. SS harap kalu SS ke Klante nanti... SS boleh test rasa nasi tumpang ni... Macam unik je... Aduss...

    ReplyDelete
  3. pergh...macam sedap je..teringin nak rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sedap rasa sekali nak lagi

      Delete
  4. Dari dulu teringin nak makan nasi ni tapi belum ada rezeki. Berkenan dengan bentuknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak farah buat sendiri la resepi dah ada tu hihihi

      Delete
  5. pernah baca dalam entri Deanna..beliau mkm semasa trip kelantan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul tu blog kak D ada tunjuk nasi tumpang ni

      Delete
  6. x pernah mkn lagi..nampaknya kalau nk rasa perlu ke kelantan lah cari Ekin hihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis JM buat la resepi di atss tu hihihihi

      Delete
  7. Teringin nak makan.. Cam kena gi umah Ekin jer.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekin duk dikedah x dapat nak rasa trringin nak buat tapi xtaw bila... ngidam mkn nasi tumpang x lepas lg nin.. mcm org ngandung dah ni

      Delete
  8. baru tau bahan-bahan untuk nasi tumpang.. nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  9. menarik nyer.
    aida x pernah jumpa lagi ni walaupun da byk kali naik kelantan :)
    sgt menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi tumpang waktu pagi jah ada jual hihihi

      Delete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017