Resepi Sup Tulang Homemade

October 18, 2015

Resepi Sup Tulang Homemade


Hai selamat malam semua lama tak autopost entri waktu malam kan... hihihi.. ada yang baca tak malam-malam ni.. baru-baru ni ekin cuba buat sup tulang tanpa guna sup bunjut tulang tu disebabkan tak ada kan ekin guna rempah sup serbuk adabi tu dah tambah bahan-bahan yang lain..

Tulang daging tu mak saudara suami ekin bagi masa raya haji aritu tengok kan lama tersimpan dalam peti baru nak masak hihihi... biarkan lama nanti tak sakit kepala bila makan huhuuu...

Ok kat bawah ini merupakan resepi ekin reka main  letak bahan-bahan yang ada kat dapur nuh

Resepi Sup Tulang Homemade 

Bahan-Bahan:-
2 ketul Tulang (direbus dulu)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
3 biji bawang putih (di tumbuk)
1 inci halia (di tumbuk)
1 inci lengkuas (ditumbuk)
1 sudu besar rempah biji
1 sudu kecik lada hitam
1 kecik lada sulah
1 sudu kecil jintan manis (diksar)
1 sudu kecil jintan putih (dikisar)
3 sudu besar rempah sup serbuk adabi tu (nak guna brand lain pun tak pe)
3 biji Bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
2 batang kulit kayu manis 
Air untuk cairkan kuah kalau pekat. 
Minyak masak 
Sedikit garam dan secukup rasa

Cara membuatnya :-
1. Rebus tulang hingga empuk..kalau air kurang tambah la dengan air panas ya. 

2. Bila dah empuk tulang tu boleh tumiskan kesemua bahan yang ditumbuk dan dikisar tu bersama dengan bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga, dan kulit kayu hingga wangi. 

3. Bila kesemua bahan ditumis sudah masak boleh masukkan air rebusan tulang tu lepas tu masukkan rempah biji,lada hitam,lada sulah dan serbuk rempah sup adabi reneh hingga masak ya.. 

Akhir sekali kalau kuah terlalu pekat boleh tambahkan air sikit.. perasa garam dan secukup rasa ya..

Hidang dengan nasi panas sedap sangat ni

Ok la itu cara ekin masak sup tulang tu mungkin cara orang lain berbeza taw.. boleh share dengan ekin ya.. Selamat Memcuba resepi ni..


You Might Also Like

16 ulasan

  1. time raya korban laa yg sedap buat sup mcm ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anies yup memey tapi ekin xleh mkn pening kepala hihihi tu yg biar lama dlm peti hihihi

      Delete
  2. Sedapnya makan dengan nasi panas. Yummmyyyy!

    ReplyDelete
  3. Nampak sedaplah sup tulang home made ini
    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memey sedap hihi.mkn berselera sangat

      Delete
  4. ya allah sedapnye sup tulang
    kalau balik kelantan mesti umi buat sup tulang

    ReplyDelete
  5. nanti hantar ke Sungai petani ye Ekin..hihihi

    ReplyDelete





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017