Resepi Puding Cream Cracker

December 17, 2015

Resepi Puding Cream Creaker


Assalamulaikum.. 
Hai, selamat bersiaran untuk hari ini.. kesihatan batuk ekin dah kurang sedikit tapi masih serak lagi suara nj..maaf kepada korang semua aktiviti blogwalking di blog sekarang tak ada mood lagi hilang kat mana entah blog rasa malas nak update tetapi teruskan gak la.. 


Ini entri lama dah tersimpan dalam ni.. puding cream creaker ini pun dah lama ekin buat hihihi... resepi tu ekin dapat dari whatsapp orang hantar  gambar ekin cuba buat memang sedap puding tu.. ni yang resepi sebenar sikit sangat nampak kan hihihi.. 


Ok la kat bawah ni resepinya ekin tukar versi ekin tak ada milo ganti dengan coklat choco  yang tesco punya jenama hihihi.. dan buat ekin lebihkan tambahan biskut tu 

Resepi Puding Cream Cracker
Bahan-Bahannya
30 keping biskut cream cracker
3 biji telur 
1 setengah cawan susu pekat manis
4 sudu koko 

Cara Membuatnya 
1. Rendam biskut dalam air suam sampai kembang. Lepas tu kan toskan air tu. 
2. Masukkan biskut tadi ,telur dan susu pekat dalam blender ,kisar sampai sebati taw.
3.Bahagi adunan  kepada 2 bahagian, 1 bahagian campur dengan koko, kacau sebati.
4. Panaskan pengukus, tuang separuh adunan koko dalam bekas dan kukus 5 minit. Ulang sampai habis. Lapisan last sekali kukus 10 minit. 
5. Biarkan sejuk sebelum masukkan dalam peti sejuk. Sejukkan dalam 1 jam sebelum di makan.

Selamat mencuba resepi ni hihihi.. nak buat sikit guna resepi kat gambar taw.. bye semua jumpa lagi.. 




You Might Also Like

14 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017