Resepi Ayam Masak Sambal Bali

February 13, 2016

Resepi Ayam Masak Sambal Bali | Assalamualaikum, Hai korang semua harap maaf la ekin tak sempat nak update untuk hari ini busy sikit... pergi keluar cari lauk untuk seminggu kan... ni baru sempat nak update nak kongsi menu masakan baru yang ekin try cuba buat... masakan yang ekin cuba buat ini adalah Ayam Masak Sambal Bali yang sekarang tengah femes di facebook kan.. ekin try search google terjumpa kat blog Safura INi resepi dan cara nak membuat ayam masak bali ni... alahai sangat mudah taw bahan pun dah ada tersedia dirumah hahahhaha.... rasa ekin ayam masak bali sama saja dengan Ayam sambal biasa tu... buat macam sambal ikan bilis jah jadi la..

Harap resepi baru boleh diterima tekak suami dan ibu mentuaku hihihi... pening dah taw nak masak ayam apa ni.. cuba-cuba resepi baru kena dengan tekak ekin tak pe ni tekak orang lain kita tak taw kan... ok la jom kita usha resepi Ayam Masak Bali style ekin dah tukar cara sebab buat sikit kan.. 

Resepi Ayam Masak Sambal Bali 
Oleh: Cik Ash 

Bahan-Bahan 
8 Ketul Ayam 
1 biji  bawang besar merah *
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
10 helai cili kering *
2 batang serai (dititik)
Belacan (tak letak pun) 
Daun Kari 2 Tangkai
Kicap secukupnya 
3 sudu gula 
garam secukup rasa 

p/s bahan2 yang bertanda * di BLEND sekali 

Cara Membuatnya :- 
Goreng ayam tu jangan terlalu garing sangat ya.. ekin goreng sedikit jah..
guna minyak goreng ayam tadi goreng serai sampai warna  coklat jangan hangit ya 
Lepas tu  masukkan daun kari, kemudian masukkan bahan yang di blend tadi , tumis sampai naik minyak dan bau. 
Lepas tu masukkan garam gula dan kicap, cukup sampai jadi warna maroon, jangan kuah tu banyak sangat ya...
Dan akhir sekali kita Masukkan ayam masak sehingga 10 minit ok siap boleh dihidangkan dengan nasi putih yang panas.. hihihi..

Ok la itu saja untuk petang ni... maaf taw minggu ini sibuk sikit nak blogwalking pun malas nak tulis entri blog jadi malas bebenor ni... 




You Might Also Like

11 ulasan

  1. hhuhu jgn la malas2 nak update blog tauu

    ReplyDelete
  2. Gambar kurang clear la cik ash..tapi macam sedap je..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qiya dah tukar gambar tu.. maaf ya.. :)

      Delete
  3. eheh bila nak buat open house Kak Ekin ? nak terjah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaah tunggu satu masa yang belum pasti....

      Delete
    2. Akak buat open house t bgtaw. Hihi

      Delete
  4. salam kak ekin lapaq tgk ayam bali kak ekin

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017