Resepi Kuih Cara Buah Kurma

June 21, 2016

Resepi Kuih Cara Buah Kurma


Hai korang semua, aduhhh hari ini agak terlewat ekin update blog.. sibuk sangat mengemas rumah hihihihihi.. tukar kain langsir , basuh kain ,lipat kain ,sampu sampah dan jemur kain..  biasa la tugas surirumah setiap hari melakukan kerja rumah kan...

Semua orang pernah tengok  dan makan kuih cara manis , kuih cara berlauk kan ni ekin ada cuba buat kelainan lagi Resepi Kuih Cara Buah Kurma hihihihihi.. Ideal ini terlintas mari dalam kepala otak jah waktu nak memasak juadah berbuka.... sangat sedap menu baru ibu mentua ekin puji wow hihihihihi.. happy sangat dapat masak juadah berbuka buat suami dan ibu mentua... 


Ok jom kita usha resepi Kuih Cara Buah Kurma ni hihihihihi.. apa bahan-bahan yang perlukan untuk kuih cara buah kurma :- 

Resepi Kuih Cara Buah Kurma 

Bahan-Bahan 
12 biji buah  kurma buang biji  (kisar halus) 
2 cawan tepung gandum 
2 cawan air 
gula untuk letak tengah kuih tu 
minyak masak untuk membakar 

Cara Membuatnya :-
1. Kisar Buah Kurma sampai lumat 
2. Masukkan tepung gandum dalam bekas buah kurma itu gaulkan sampai sebati, bila adunan nampak macam kuih cara tu. 
3. Panaskan acuan kuih cara itu renjis-renjis minyak masak bila minyak dah panas boleh la masukkan adunan ke dalam acuan itu..
4. Selepas itu taburkan sedikit gula di tengah kuih cara itu. 
5. Apabila kuih cara dah nampak garing dan masak boleh diangkat letak atas pelapik minyak itu.
6. Kuih cara siap boleh hidang 

Nak cuba resepi kuih cara versi lain boleh klik link dekat Resepi Kuih Cara Potato Fritters



 photo signature_4.gif

You Might Also Like

14 ulasan

  1. Uniknyaaaaaa. Mesti best rasa dia. Aaaaaa byknya menu baru puasa2 ni. haha nak buat pulak tak rajin :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat dapat pujian dari ibu mentua dan suami hihihihii

      Delete
  2. macam sedapp ja..hehe..boleh cuba ne

    ReplyDelete
  3. sedapnya ekin
    rajin ekin buat2 kuih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha kak el bulan puasa rajin la abe bawa bekal g keje untuk berbuka...

      Delete
  4. Kreatifnya! Mudah pula tu.. Bolehla cuba nih nanti.. ^_^
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihihi cuba la resepi senang sangat


      Delete
  5. Wah, kuih cara da upgrade skit..hehehe..mcm sedap je :)

    ReplyDelete
  6. First time nampak kuih cara kurma ni. Selalu jumpa kuih cara berlauk ja 😊😊

    ReplyDelete





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017