Trend Baju Raya Wanita 2016

June 29, 2016


Trend Baju Raya Wanita | Bila menjelang hari raya Aidilfitri kita ingin tampil dengan baju yang serba baru kan. Hari Raya Aidilfitri adalah hari raya yang kita nantikan setiap tahun tak sabar rasanya nak beraya dengan baju baru. Rasa ekin sekejap saja masa berlalu begitu pantas masa berjalan pada puasa tahun ni kan, Macam mana persiapan raya  tahun ini dah siap ke. Ekin tahun ni pakai jubah dah tempah , Lagi pun  raya tahun ni ekin raya dekat kedah saja. Hari raya bakal tiba ni bagi seorang wanita penampilan adalah paling utama seperti ekin terfikir-fikir nak kelihatan anggun,elegen, muslimah , janji menutup aurat dengan sempurna.  

Kurang daripada beberapa hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut perayaan Hari Raya yang meriah seperti tahun-tahun yang sudah. Dan tentu sekali perkara yang sering menjadi tarikan umum khususnya dikalangan wanita adalah trend baju raya yang terkini. Jika tahun-tahun yang sudah kita dapat melihat trend baju kurung peplum,dan kemudian baju kurung moden lace,tahun 2016 ini pula membawakan trend yang berlainan. Jom kita lihat apakah trend baju raya wanita untuk tahun ini;
                                                 
Crop Top

Jika sebelum ini koleksi crop tops hanyalah dipakai sebagai koleksi pakaian kasul,kini ia juga menjadi pilihan ramai wanita untuk tampil bergaya ketika Syawal kelak. Koleksi crop top ini boleh digayakan dengan koleksi skirts (mermaid cutting) atau dipakai bersama koleksi palzzo pants. 


Jacquard Maxi Dress

Selain koleksi blouse Muslimah,ramai wanita moden juga memilih koleksi maxi dress atau dress Muslimah sebagai alternatif baju raya mereka. Salah satu rekaan dress yang paling mendapat perhatian ramai tahun ini adalah koleksi jacquard maxi dress yang diperbuat daripada fabrik jacquard yang sedikit keras. 
Baju Kurung 


Tentu sekali koleksi baju kurung adalah pilihan yang paling utama. Dan untuk tahun ini, koleksi baju kurung Pahang moden kembali mendapat perhatian ramai. Terutama sekali koleksi baju raya yang dikeluarkan oleh pereka fesyen terkenal tanah air seperti Rizalman dan Bella Ammara.


Ini adalah beberapa contoh Trend Baju Raya Wanita 2016 yang ekin dapat kongsikan… mudah-mudahan entri yang ekin share ini boleh memberikan inspirasi buat anda dalam pemilihan pakaian megikut fesyen raya terkini, semoga pakaian yang dipilih itu menutupi aurat ya..


You Might Also Like

12 ulasan

  1. Crop top cantik!! Tapi tak sesuai untuk siqah. Mampu tengok jela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekin pun tak sesuai gak pakai crop hihihihi

      Delete
  2. stuju dengan ayat last tu...

    ReplyDelete
  3. macam macam trend dah pakaian sekarang ni. baju kurung pun dah modern dan trendy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal kan.. moden sangat sekarang

      Delete
  4. Replies
    1. hihihihihi jom shopping kat zalora

      Delete
  5. Bajuu kurung tuuuh cantik ^^

    ReplyDelete
  6. alamak semua style tak muat adeh ehehe..

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017