Resepi Kerabu Jantung Pisang Dan Pucuk Ketereh

July 19, 2016

Resepi Kerabu Jantung Pisang  Dan Pucuk Ketereh | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar sihat ke.. diharap sihat la semua kan.. ni ekin ada nak kongsi resepi Kerabu Jantung Pisang Dan Pucuk Ketereh.. Semua barang di atas hasil tanaman pokok kat rumah... Lauk ni dimakan dengan gulai daging tanpa santan  sedap sangat taw. 

Rasa lama dah tak makan kerabu ni... suami ekin kalau kerabu jantung pisang febret dia sangat ni.. buat aritu rancang nak makan bersama dia balik keje tetapi dalam pukul 7.40 elektrik terputus tertiba kami makan dalam gelap malam tu.. suami kata sedap makan dalam gelap guna  cahaya lilin tak taw rupa macam ner lagi..  hahahahahaha...berberapa minit kami makan nasi dalam jam 8.40 malam elektrik pun ada alhamdulilah syukur tak bergelap terlalu lama malam tu..

Eh terlebih bercerita pulak ekin ni meh kita usha resepi Kerabu Jantung Pisang dan Pucuk Ketereh di bawah yang ekin share ni...



Resepi Kerabu Jantung Pisang  Dan Pucuk Ketereh
Oleh : Cik Ash 

Bahan-bahan :-
4 ekor ikan sardin ( direbus dulu dan di tumbuk halus) 
1 biji jantung pisang ( direbus dengan sedikit garam) 
1 cawan pati santan ( dipanaskan dulu sebentar untuk mengelakkan santan basi) 
1 sudu kecil kerisik
2 biji asam limau nipis 
garam dan gula secukup rasa 
lada merah untuk bagi nampak berwarna nanti 

Bahan ditumbuk :-

1/2 biji bawang besar merah 
2 batanng serai (dihiris halus)
1/2 sudu kecil lada hitam 
2 biji bawang putih 
1 inci  halia 

Cara membuatnya :-
1. Hiris halus jantung pisang. 
2. Masukkan  kesemua bahan untuk ditumbuk ke dalam lesung bersama dengan isi ikan bakar. 
3. Tumbik bersama dengan garam dan juga gula. Perahkan jus limau, tambahkan kerisek dan tumbuk sampai sebati/ 
4. Kemudian di dalam mangkuk yang berasingan, campurkan jantung pisang yang telah dihiris bersama dengan pati santan dan juga bahan tumbuk. 
5.Gaul sampai sebati, Rasa apa yang kurang ya.
6. Siap dah kerabu boleh simpan dalam peti ais..

Ok la itu saja resepi dari ekin untuk korang cara buat Resepi Kerabu Jantung Pisang Dan Pucuk Ketereh selamat memcuba resepi ini..


You Might Also Like

20 ulasan

  1. ekin, beberpa kali aida klik.
    nape aida x nampak pe pe tulisan, selain tajuk?
    aida sorang ker? hu hu hu...

    (balasan bagi aida yg da lama tak jengah sini kot)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aida ekin terpost.. tanpa tulis tadi hahahahahhaha... tu dah taip dah

      Delete
  2. lamanya akak x makan kerabu jantung ni..dlu kat kampung mak rajin membuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kena buat tu nanti mengidam kan hihihihi

      Delete
  3. sedapnya tengok kerabu jantung pisang. haha. siap blackout pula tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihihi...tu la blackout siap

      Delete
  4. Sedapnya...slalu wat ulam saja...
    Nnt leh try

    ReplyDelete
  5. Sedapnya tengok kerabu jantung ni..biasa Cik Mimie celur n makan dengan sambal je.. xpun masak lemak..sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ekin abe dia suka makan kerabu tu yang buat kerabu

      Delete
  6. 1 sudu kecil kerisi? kerisi tu ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh typo hahahahaha kerisik la

      Delete
  7. jantung pisang tu tak perlu rebus dulu eh

    ReplyDelete
  8. adehh x baca betul2..jantung pisang perlu di rebus dahulu hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihihi kena pakai kanta pembesar ni

      Delete
  9. dpt resipi ni terus rasa nk g pasar basah..nak cari bahan2 tu sbb sis JN pun suka mkn kerabu tapi resipi kerabu jantung pisang ni tak pernah mkn..x pernah buat pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kerabu style orang kelantan sis JM

      Delete
  10. fuhyoooo..xnah rasa lgi n
    nti k.el mai umah masak ni ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jantung pisang ada boleh la buat hihihihihi

      Delete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang

LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME APRIL 2017