Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Terung Pipit

July 18, 2016

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Terung Pipit

sambal ikan bilis terung pipit

  Assalamualaikum.. 
Hai korang semua.. alhamdulilah hasil tanaman dari kebun tak jaga terkejut tengok belakang rumah ada tumbuh pokok Terung Pipit hihihihi... dulu dah ada abang nak tebas buang ,loni kembali berbuah pulak pokok ni.. ni hasil buah pertama ni... 

Hasil berbuah pertama ni ekin buat Sambal Tumis Ikan Bilis Terung Pipit menu frebret encik suami ni dia makan lauk ni tak pandang dah lauk lain taw...nasi bertambah-tambah kalau ada sambal ikan bilis ni..  Jom kita usha resepi ni dekat bawah 




Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Terung Pipit
Oleh: Cik Ash

Bahan-Bahan
1 Mangkuk Ikan Bilis (di goreng dulu ya)
Terung pipit
1 labu Bawang Kuning (dikisar)
1 labu bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
10 keping cili kering (dikisar)
3 sudu besar gula
sedikit garam dan pati sedap
1 cawan air

Cara Membuatnya :-
1. Panaskan minyak tumis bawang kuning, bawang merah,bawang putih,halia dan lada kering sampai pecah minyak.
2. Bila bahan tumis dah pecah minyak masukkan ikan bilis gaul bagi sebati.
3. Bila dah sebati tu masukkan terung pipit kacau bagi terung masak sekata.
4.masukkan gula untuk bagi sambal ikan bilis sedap ini la rahsia ikan bilis orang kelantan sedap letak gula dulu.. hihihihi
5. Lepas tu baru letak garam dan serbuk pati sedap.
6. Siap boleh hidangkan dengan nasi putih panas..

Ok itu saja resepi hasil dari air tangan ekin buat suami dan ibu mentua... hihihihihi... selamat memcuba resepi simple dari pada ekin...


You Might Also Like

32 ulasan

  1. Kakak nak cuba buatlah Ash sebab rumah kakak yg kosong tu ada pokok terung pipit ni. Dia tumbuh sendiri tapi banyak buahnya. Biasa kakak celur dan ulam dgn sambal belacan aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba kakzakie... ekin ni sebab suka sangat makan sambal ikan bilis tu buat...

      Delete
  2. Assalam Ekin...selamat hari raya..sorry tau lama tak singgah sini huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam sis JM selamat Hari Raya... xpe faham sis sibuk

      Delete
  3. Ekin buat sambal letak halia eh..sis JM x pernah lak letakllnanti leh try..mesti rasa lg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah ekin masak apa2 semua letak halia.. xpernah tinggal halia..

      Delete
  4. patutlah En Abe mkn bertambah2 sedak sgt tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. febret dia sis JM... dia bagitaw dah kalau sambal ikan bilis ada dia tak tengok dah lauk lain

      Delete
  5. letak bawang kuning tu bawang London tu kan..biasa sis JM letak satu jenis je either bawang besar or bawang London..nak cuba lah resipi Ekin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawang besar kuning tu la bawang Honland sis JM...

      Delete
  6. aha..baru tahu..letak gula dulu baru garam...letak gula putih eh...kalau sis JM suka letak gula merah or gula kabong

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekin letak gula putih jah kak.. ada gak gula merah tu n gula kabong xguna hihihihi

      Delete
  7. Dah lama tak makan terung ni :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. ekin tahun ni baru makan...

      Delete
  8. X pernah lagi buat sambal.. Selalunya buh dalam gulai lemak pucuk ubi tumbuk je.. Nak bagi manis gulai lemak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la buat sha.. Sedap makan sambal campur dengan terung pipit ni

      Delete
  9. sedapnyaaaa :DD dari segmen yang sama
    done follow and menabung disini

    http://mellyacrayola.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. aida x pernah masak terung pipit, ekin.
    memang x reti.
    anak2 pun x makan :(

    ReplyDelete
  11. Sedapnya Kak Ekin.. baru first time Cik Mimie dgr nama terung pipit.. heee..xtau pun kewujudannya.. teruk betul la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan Cik Mimie tak pernah tengok terung ni...

      Delete
  12. Samabal tumis ikan bilis memang sedap..pedas2, makan dengan nasi panas tambah kicap sikit..sedapnye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memey sedap satu menu febret abang ni

      Delete
  13. pernah try masak sambal ikan bilis dengan terung pipit nie , tp xjadi rasa pahit ,mungkin saya salah teknik kot , apa2 pun tengok gambar dah terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada salah teknik tu cuba la buat lagi hihihihihi

      Delete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017