Resepi Popia Mini Sayur

September 22, 2016

Resepi Popia Mini Sayur | Assalamualaikum Hai korang semua ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat la ya... lama entri ini tersimpan dalam draf..hihihihi.. kalau ikut dah lama popia mini sayur ekin buat sebelum raya aritu lagi... biasa la mood nak menulis kurang sikit tu yang lambat nak publish.. 

Selalu kan kita bila jual kat kedai popia goreng yang besar kan.. ini ekin buat yang mini punya.. terlebih rajin kan.. biasa la ibu mentua dan suami nak makan kena buat untuk diaorang hihihihi... jom kita usha resepi dekat bawah ni

Resepi Popia Mini Sayur 
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan :-
Kulit Popia 1 paket tu
2 batang Carrot 
Kubis 
1 biji bawang kuning
3 ulas bawang putih 
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil serbuk pati sedap
1 sudu kecil garam
bancuhan tepung gandum sikit untuk lekat kulit popia. 

Cara membuatnya :-
1. Sagat carrot halus-halus 
2. Hiris halus-halus kubis
3. bawang kuning dan bawang putih blender kering 
4. tumis bawang kuning dan bawang putih nampak kekuningan..
5. lepastu masukkan la carrot dank kubis gaul sampai sebati.
6. masukkan lada sulah,serbuk pati sedap dan garam..sesuaikan rasa dengan tekak korang la.. 
7. Lepas siap masak. sejukkan seketika inti popia tu..
8. Bahagikan kulit popia ada 4 bahagian.
9. lepas tu lipat kulit popia macam kita duk buat yang besar tu. 
10. nak bagi lekat kulit ekin letak tepung gandum saja.. 




You Might Also Like

16 ulasan





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017