Drama Suri Hati Mr Pilot Astro Ria

October 07, 2016

Drama Suri Hati Mr Pilot Astro Ria | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar, sihat tak.. semoga semuanya sihat walafiat ya... 



Kepada peminat Neelofa dan Fattah Amin jangan ketinggalan saksikan drama Suri Hati Mr Pilot  lakonan kedua-dua pelakon ni pada 10 Oktober 2016 nanti di Astro Ria yang akan menggantikan drama Abang Bomba I Love You.. Drama ni merupakan adapitasi dari novel dila dyna. sebuah drama terbitan Cube Film Sdn Bhd ini diarahkan oleh Michael Ang dan turut dibantu oleh pelakon lain Eleena,Alvin Chong,Mas Khan,Aleza Shadan dan Nina Juren. 

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot 
Drama ini mengisahkan pertemuan di antara Ejaz (Mr Pilot) dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun yang lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda. 

"Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah aje!" 

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu perasaan curiga. Hubungan antara mereka akhirnya runtuh di saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warsa dan dunia penerbangan. 

Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkan Warda menjadi suri hati buat Mr.Pilotnya? Atau menjadi racun berbisa pada kebahagian Ejaz?

So jangan lupa taw saksikan drama Suri Hari Mr Pilot taw..

You Might Also Like

7 ulasan





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017