Tuesday, February 28, 2017

author photo

JELAJAH CSR PPTD: MISI AL-QURAN BRAILLE PUTRAJAYA - BANGKOK 2017.


Assalamualaikum..Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya sihat walafiat ya.. hari ini ekin nak kongsikan berita program khidmat masyarakat PPTD malaysia..

Untuk Makluman tuan/puan, Jawatankuasa Kebajikan PPTD Malaysia di bawah inisiatif #pptdcsr akan melancarkan Tabung Sumbangan Waqaf Al-Quran Braille kepada semua DERMAWAN yang berminat untuk mewaqafkan SATU SET AL-QURAN BRAILLE bagi membantu muslimin dan muslimat yang cacat penglihatan untuk membaca Al-Quran.

SATU SET AL-QURAN BRAILLE ini mengandungi 6 buah jilid. Setiap jilid pula mengandungi 5 juzuk. Kesemua 6 buah jilid ini akan membentuk SATU AL-QURAN BRAILLE yang lengkap.

Untuk sumbangan waqaf, SATU SET AL-QURAN BRAILLE ini boleh diwaqafkan pada harga RM250.00. 

Bagi pakej ekonomi,tuan/puan juga boleh memilih untuk mewaqafkan SATU JILID AL-QURAN BRAILLE  sahaja iaitu pada harga RM41.65. 


Kesemua sumbangan bagi waqaf AL-QURAN BRAILLE ini akan diedarkan di Malaysia dan Bangkok semasa siri Jelajah CSR PPTD Malaysia yang dijadualkan April 2017 nanti. 

Sebarang sumbangan bagi waqaf AL-QURAN BRAILLEI ini bolehlah disalurkan kepada akaun bank berikut :- 


PPTD MALAYSIA
CIMB BANK
8001 27 9798


Untuk maklumat lanjut berhubung program CSR ini atau berminat untuk menjadi sukarelawan, mohon tuan/puan menghubungi individu -individu berikut:

KHAIRUL AZAR OMAR (Khairul Azar Omar)
+60 19-366 4087

NURAIN KHAIRI (Ain Khairi)
+60 17-367 9328

HJ. AZMAN MAAROF (Gmanmoto Kenarietoz)
+60 12-655 4008

MOHD RAFEE (Mohd Rafee)
+60 10-505 6704

Terima kasih






This post have 3 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post