Sunnah Menyimpan Janggut

February 27, 2017

Sunnah Menyimpan Janggut

Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar , ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.. hari ini nak cerita pasal janggut hihihihi.. model dekat atas tu my laling ekin la.. ❤❤❤❤❤❤❤❤. 

Menyimpan janggut adalah sunat Rasulullah S.A.W yang sangat dituntut kepada kaun Adam? 

Rasulullah menggalakkan Muslimin sekalian menyimpan janggut dengan ukuran lebih kurang segenggam. Rasulullah bersabda, mafhumnya: "Hendaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang melitupi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat." ( Riwayat Muslim) 

Hukum mencukur Janggut mengikut Mazhab Syafi'i adalah makruh. Namun kita dibolehkan menipiskan janggut agar ia berada dalam keadaan yang terurus dan kemas. 

Kelebihan Menyimpan Janggut 

1.Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita. 

2.Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi sesorang daripada jerawat. 

3.Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya. 

4.Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu,sepatutnya  dia akan menjadi seorang yang lebih bijak. 

5.Menghindarkan daripada mendapat penyakit tekak dan gusi. 

6.Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaintan dengan sistem pernafasan seperti asma. 

7.Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara. 

8.Melindungi kulit dan seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.

Kekurangan Mencukur Janggut

Mencukur janggut boleh menyebabkan sel-sel semulajadi pada bahagian muka terhakis. Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk mendapat kanser pada bahagian muka. 




You Might Also Like

6 ulasan

  1. janggut mr.asben aida makin lebat.
    aida x brape gemar. but after reading this, ok la. jadik suka la :) ha ha ha...
    ekin, nanti email aida address & phone no (adianiez@yahoo.com).
    ada gifts utk few blogger frens :) jgn lupa ekk...

    ReplyDelete
  2. suke sngat tgk llki ade janggut ni...

    ReplyDelete
  3. Encik suami Sha pun ada janggut..
    Janggut tu membuatkan seorang lelaki nampak sangat lelaki.. hehehe

    ReplyDelete
  4. suami kira pun ada janggut. tapi tula kalau time janggut serabai tu ya Allah geram je tengok!!

    ReplyDelete
  5. alamak...
    tp ayu xsuke laki yang berjanggut
    en seben pon xsimpan janggut kak

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang

LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME APRIL 2017