Diy Sampul Duit Raya

June 15, 2017

diy sampul duit raya

Assalamualaikum..
Hai , semoga rakan-rakan cik ash sihat walafiat ya.. hari ini IQ datang tertiba nak buat sampul duit raya hihihihihi.. dah lama tak asas bakat buat sampul ni last masa tak kahwin dulu hahahahha.. sejak jadi wife jadi kemalasan nak buatnya..

Cik Ash buat tak banyak pun cukup guna untuk anak saudara abe 8 orang dan anak saudara ekin 4 orang, 4 orang jumpa raya haji cik ash bagi hihihihi.. dengar2 akan bertambah anak saudara pulak bulan 11 ni.. hihihihihi.. bila turn cik ash akan tiba nak mengandung gak.. insyaAllah cik ash sabar mana taw rezeki Allah bagi kembar ke Alhamdulilah..

Eh apa ini hampir terlupa cik ash pasal nak buat Sampul Duit Raya ini.. bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sampul ialah pembalut hadiah,double tape,gunting,pensel,pembaris dan pemadam dan contoh ukuran sampul yang kita nak..

Cik Ash ambik contoh sampul yang suami cik ash boleh angpau masa raya cina aritu guna ikut ukuran yang tu jer bajet-bajet nak dapat berapa.. satu pembalut cik ash dapat dalam 12 keping jadi la.. hahhahaha... Bukan nak bagi kat siapa pun bagi dekat anak-anak saudara jer pun.. yang orang lain ada sampul sedia dah yang tu kecik sikit..

Dekat bawah ini adalah hasil cik ash buat sampul duit raya hihihihi... jimat duit separuh kan.. begini la bila otak berfungsi ada jer idea nak buat.. ni dalam kepala nak buat biskut tapi keadaan tak mengizinkan pulak.. gastrik datang di bulan puasa asyik nak tidur kejenya.. asyik nak muntah jer loni..


Ok la itu saja yang Cik Ash nak kongsikan dengan rakan-rakan Cik Ash mengenai cara membuat sampul duit raya.. kena ada mood rajin nak buat taw.. kalau malas memang tak kan menjadi sampul ni hahahahaha.. jumpa lagi di entri yang lain nanti.. 

You Might Also Like

4 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME JULY 2017