Monday, October 30, 2017

author photo
Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Slot Akasia TV3 | Cerita yang akan mengantikan slot akasia Titian Cinta nanti akan bersiaran mulai 31 Oktober 2017 nanti. Jangan lupa peminat drama slot akasia ya..



Cik Ash tengok iklan dekat TV3 nampak macam menarik jer drama ni.. tambah-tambah pelakon yang pernah popular suatu ketika dahulu iaitu drama Sayangku Kapten Mukriz hihihihi... Herion dia pernah gak tengok dia berlakon drama apa entah tak ingat dah lupa.

Drama ini merupakan adapitasi daripada novel Mr. Hot Guy karya daripada Danisyarahmat, diberi judul untuk drama iaitu Lelaki Itu Pilihan Hatiku. Merupakan terbitan syarikat A.Aida Production Sdn Bhd, Dibawah arahan pengarah Zul Huzamiy Marzuki. Antara pelakon yang menjayakan drama ini ialah Raja Afiq,Puteri Aishah, Julia Farhan Marin, Syazuwan Hassan dan ramai lagi turut berlakon.

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Kisah bermula Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila. Mula hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya. 

Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea. 

Nurin Kamila Abdullah Hisyam a.k.a  'cik adik sayang' pulak tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncantan buat di Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata. 

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and Diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr. Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hott Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula. 

Dapatkah si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya nanti kemunculan drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku di tv3 nanti..


This post have 7 komentar

avatar
Jejari Menaip delete October 30, 2017 at 10:50 PM

Drama adaptasi novel kian mendapat tempat dihati peminat..

Reply
avatar
sitirohaida delete October 31, 2017 at 9:14 AM

pengganti cerita titian cinta eh...macam best je

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete November 2, 2017 at 11:30 AM

wooh inila dia drama baru hehe.. takdak tv so tak tengok. tapi dok layan drama Dia online sebab ada Irwansyah alahaai =D

Reply
avatar
Kira Sakura delete November 8, 2017 at 10:38 AM

kira lama dah xlayan drama. cuma baru ni je. follow awak suka saya tak. sebab kira peminat novel dia hihi

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post