Ayam KFC Spicy Sawadee Crunch

November 14, 2017

Ayam KFC Spicy Sawadee Crunch | Assalamualaikum.. Hai, cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.. 
google images

Baru-baru setiap awal bulan cik ash mesti pergi shopping barang dapur kat tesco mesti singgah dekat KFC.. kiranya setiap bulan ada keluaran baru di KFC mesti cik ash dapat merasanya hahahaha.. 

Kfc ni sebenar febret suami cik ash tengok dia makan bersungguh-sungguh cik ash tumpang sekaki hahahaha kalau ikut cik ash hantu kfc juga tapi disebabkan atas saranan doktor suruh cik ash diet sebab berat terlebih hahahaha takut ada apa-apa penyakit ke.. lagi pulak cik ash duk dirumah tidak berkerja, hihihihi.. 




Tengok iklan dalam tv Ayam Kfc Spicy Sawadee Crunch terliur-liur tengok hahahaha.. siap bagitaw kat suami kfc ada keluar iklan baru la nanti boleh cuba, dan akhirnya dapat la cuba... 



Review cik ash mengenai Ayam Kfc Spicy Sawadee Crunch ni rasanya ayam itu sangat pedas , ada rasa masam masam sikit, tetapi terlebih masin la sebab terlampau banyak serbuk perasa kut di tabur atas ayam tu, tak payah makan dengan sos dah memang dah pedas sangat esoknya cik ash memulas perut sebab makan ayam kfc pedas hahahahaha.. pernah terjadi masa di kelantan dulu makan ayam korea punya tu lepas makan sakit perut terus mungkin la perut tak tahan kepedasan ayam tu, manakala suami cik ash kata boleh diterima sedap di makan, ada rasa macam tomyam nasib baik suami makan habis hihihihi,takut sangat dia tak habis makan sebab suami cik ash bukan peminat tomyam kan. 

So kepada yang anda yang peminat tegar tomyam dan makanan thailand boleh cuba dan rasai la sendiri kenikmatan Ayam Kfc Spicy Sawadee Crunch di kfc berdekatan anda hihihihi..bagi cik ash suka ayam spicy yang biasa lagi bila makan ayam perisa lain rasa kurang sikit tapi bab makan selalu habis sayang wow makan keluar duit tak kan nak membazir pulak tak baik nanti berdosa hahahaha..

Ok la, itu jer cik ash nak kongsikan dengan anda semua mengenai Ayam Kfc Spicy Sawadee Crunch ni.. 



You Might Also Like

16 ulasan

  1. Hihi saya memang takleh tahan makan pedas, kalu makan jugak jawabnya tandas menjadi rumah kedua saya... Nampak macam sedap tapi tue la, tak tahan pedas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap SR tapi kalau tak tahan pedas alahai ketandas jawabnya

      Delete
  2. Aduhai cik ash punya entri ni rasa mcm skrg juga nak p g try KFC baru hahaha
    Kecur dah ni *gulp*

    ReplyDelete
  3. Bru mkn kfc smlm..tp x terdetik pla nk makan sbb kawn kata x sedap..tp cik ash kata sdp pla..haha..lg2 pedas gituhh..uish teringin nk rasa

    ReplyDelete
  4. Keluarlah berapa banyak jenis ayam goreng pun yg hot and spicy jugak sedap

    ReplyDelete
  5. Teringi gak nak cuba mkn tapi tengok review stkt ni majoriti ckp menu tu pedas menyengat. Hohooo rasa rakut plak nk mkn sbb perut tak berapa tahan pedas sngt 😀

    ReplyDelete
  6. Baru jer plan nak rasa, kepedasan yg amaaaatt ke.. suka pedas tapi terlebih podes blh cirit birit la jawabnyaaa hii

    ReplyDelete
  7. dah lama tak pegi KFC. tau tau kfc dah ade ayam baru pulak

    ReplyDelete
  8. sedapnya.tapi rabia suka ayam spicy..pedas sedap.

    ReplyDelete
  9. alaaa sedihnyaa!!1 kfc dekat kubang kerian ni selalu habis awal utk yang promosi camni. hari tu nak beli dah x jual.

    ReplyDelete
  10. Kalau cicah dengan sos cili ok kan kak. belum try lagi kfc sawadee ini. huhu.

    ReplyDelete





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017