Apam Gula Hangus

December 31, 2015

Apam Gula Hangus 


Hai korang.. aduh lama tersimpan entri dalam draf baru sempat nak share kat blog... aritu ekin cuba buat Apam Gula Hangus.. kira first time cuba buat la ni alhamdulilah jadi..  resepinya ekin cari kat google jumpa di blog kak Azie Kitchen ni.. blog kak azie guna dalam bekas kecil kecil.. ekin ni buat dalam loyang.

Ok la jom kita usha resepi Apam Gula Hangus ni.. 


Apam Gula Hangus
Sumber:Azie Kitchen 

Bahan untuk buat gula hangus :- 
1 cawan gula pasir (ekin kurangkan manis hihihi)
1 cawan air panas 

Bahan-bahan lain :- 
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak 
2 sudu besar majerin/butter
2 sudu susu pekat 
1 sudu teh soda bikarbonat 
1 1/2 cawan tepun gandum

Cara Membuatnya :- 
1.  Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air dan disejukkan

2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit

3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.

4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.

5. Kukus adunan di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.

6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil. Kukus dlm 15 minit sahaja.

7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah  ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya.

You Might Also Like

15 ulasan

  1. Sedapnya...cicah dengan tea panas sedap ni

    ReplyDelete
  2. Assalam ekin,
    ahkak soka jugak apam gola hanguih ni :)
    tapi soka hat kurang maneh gitew he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak sha ekin buat tak manis sbb mok boleh makan

      Delete
  3. k.el nah wat kek gula hangus...
    lama giler x buat...
    kdg2 tu 1st try tu mmg menjadi..2nd buat x jadi pulak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekin 2nd xtry buat lg nk try buat gak takut tak jdi hihihi

      Delete
  4. Suka makan, suka tanya resepi, tapi tak pernah buat.. haha

    Nanti nak Kak EKin buatkan lah.. boleh tak ?

    Nak bebanyak tau.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi nk buat boleh jah tunggu mood mai

      Delete
  5. selamat hadapi 2016 moga ceria..wah hebat memasak ni..

    ReplyDelete
  6. Salu makannn and sedapp sangatt ^_^

    ReplyDelete
  7. X brape suka.. Pastu x pandai buat.. hehehe

    ReplyDelete





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017