Review | Perasmian Pembukaan MBO Cinemas Central Square Sungai Petani Kedah

December 30, 2015

Perasmian Pembukaan MBO Cinemas Central Square Sungai Petani Kedah

                         Assalamulaikum..
Hai korang semua.. ambik mood nak taip entri.. kali kedua taip sob sob sedih taw..entri yang sebelum ni dah siap taip terpadam pulak biasa la taip guna hp banyak risikonya kan..
Pada 26 Disember 2015 aritu,kami dari #projekbloggerutara diberi kepercayaan untuk review Pembukaan Perasmian MBO Cinemas Central Square, Sungai Petani Kedah ni..
Menarik Tentang MBO Cinemas Central Square Sungai Petani Kedah

MBO Cinemas telah membuka pawangan terbarunya di Malaysia bertempat di Central Square, Sungai Petani dan kini menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh negara.

Pawangan yang ke-26 ini oleh MBO Cinemas
 menyediakan lapan dewan yang terdiri daripada 1,157 tempat duduk, dengan dewan terbesar mampu menampung sehingga hampir 300 orang.


Cheah Chuan Wai, Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas berkata pada majlis pembukaan rasmi ; "Ini adalah hari istimewa kerana Sungai Petani adalah lokasi ketiga di Kedah Darul Aman selepas Alor Star Mall di ibu negeri ini dan juga Landmark Central Kulim.

"Pawangan MBO di seluruh Malaysia menawarkan pelbagai kelainan menonton wayang serta keistimewaan kepada pengunjungnya. Berikut Antaranya:-

☆merupakan pawangan pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuhnya pada kesemua skrin.
☆menawarkan pengalaman sinematik yang selesa, menarik dan tidak dapat dilupakan.
☆menerapkan ciri teknologi terkini iaitu kerusi penggerak bergetar dengan bunyi filem & sistem audio Auro 11.1 3D, yang menyediakan 3 lapisan pembesar suara beserta simulasi akoustik 3D paling semulajadi.
☆selain ganjaran teknikal,pengunjung juga boleh menyertai secara percuma & mendapat kelebihan dengan MBO Starclub yang mana ahli Allstar layak untuk menikmati pelbagai ganjaran dengan mrnggunakan StarPoints untuk menebus tiket pawangan percuma,popcorn,minuman dan itew eklslisif premium.
☆merupakan satu-satunya pawangan dengan program kesetiaan yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan (lorong istimewa keahlian, tiket filem pada bulan hari jadi & tayangan percuma khas untuk ahli).
☆tempahan tiket atas talian yang mudah &  boleh menggunakan telefon bimbit secara percuma.
☆harga tiket adalah sama untuk tayangan wayang 2D & 3D.
☆menerapkan konsep "Blockbuster setiap 20minit', dengan tayangan filem-filem blockbuster setiap 20minit pada waktu puncak supaya pengunjung tidak perlu menunggu lama..

Mesti korang tak sabar melihat Gambar di sekitar Pembukaan Perasmian MBO Cinemas Central Square Sungai Petani kat bawah ni :-

Kumpulan Zero dari Maharajalawakmega telah merasmikan acara memotong riben merah gitu gitu.. 

Kuanter tiket MBO Cinemas

Ruang kerusi dan tempat yang selesa sangat.. 

Aktiviti kumpulan Zero bersama pengunjung di hari itu. 


Antara Blogger #projekbloggerutara yang hadir di majlis Pembukaan Perasmian MBO Cinemas ni







Terima kasih buat MBO Cinemas , Mr Cheah Chun Wai Direactor of Marketing & Sales MBO Cinemas, Mr Thong & Ms Angline (Integrated Public Relation (IPR) kerana menjemput team Projek Blogger Utara ke majlis Pembukaan Perasmian MBO Cinemas Central Square, Sungai Petani Kedah. 

Lokasi untuk Ke MBO Cinemas Central Square Sungai Petani :-

MBO Cinemas Central Square 
5th Floor, Central Square,
Jalan Kampung Baru, 
Taman Patani Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah 

Untuk tawaran yang lebih menarik & maklumat lanjut, anda boleh layari website www.mbocinemas.comr


You Might Also Like

11 ulasan

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017