Klon Ikon Ziana Zain Azlina Aziz Juara Seiras Seirama

February 08, 2016


Klon Ikon Ziana Zain Azlina Aziz  Juara Seiras Seirama | Assalamualaikum....Hai, ekin ingin mengucapkan Tahniah Buat Klon Ikon Ziana Zain diatas kejayaan dia semalam dalam Seiras Seirama yang menjadikan Azlina Aziz Juara Seiras Seirama untuk musim pertama ni


Azlina Aziz berusia 26 tahun membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 dan turut membawa sebuah trofi sumbangan dari astro. Selain Azlina, Mohamad Azri Abdullah, 28, dan Fazilah Asmar, 27 yang merupakan klon ikon Faizal Tahir dan Ella turut dipilih sebagai peserta top 3.

Azlina Aziz  menerima saingat hebat dari empat lagi finalis iaitu Nor Azri Zainuddin, 47, dan Ahmad Shukri Zakaria, 24, yang mewakili Ikon Jamal Abdillah dan Ikon Hafiz Suip. Ikon Misha Omar dan Ikon Mas Idayu pula diwakili oleh Nor Amierazatyka Ayob, 21, dan Noor Hayati Selamat, 55, turut memberikan persaingan sengit dengan persembahan terbaik mereka.

Kesemua peserta diadili oleh tiga juri profesional iaitu, Datuk AC Mizal, Datuk Khadijah Ibrahim dan pengarah terkenal Mamat Khalid.

Program pertama mencari klon artis terkenal tanah air itu dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi dan diadakan secara langsung dari Studio 1, Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil.

Pentas akhir Seiras Seirama bersiaran secara langsung bermula pukul 9 malam Ahad di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). 


You Might Also Like

4 ulasan

  1. bila dgr suara Azlina Aziz tu ingatkan suara Ziana..mmg SEIRAS sgt..tahniah buat beliau

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017