Drama Suami Tanpa Cinta Astro Ria

March 27, 2016

Drama Suami Tanpa Cinta Astro Ria 




Hai korang semua, ini ekin ada nak share suatu drama yang akan mengantikan drama Aku Bukan Bimbo nanti iaitu drama Suami Tanpa Cinta yang akan bersiaran pada 4 April 2016 nanti setiap isnin hingga khamis. Drama ini hasil  karya Syamnuriezmil dan terbitan Pena Creative Picture Sdn.Bhd. Pengarah MP Roslin

Drama sebanyak 16 Episode ini dibintangi oleh watak utama  Syukri Yahaya sebagai Zaidan Iman , Janna Nick sebagai Ain Syifa turut sama juga berlakon Mark Adam  sebagai Rafael , Cristina Stockstill sebagai Aleesya dan Sarah Hildebrand sebagai Adura. 

Ost lagu tema drama Suami Tanpa Cinta di nyanyi oleh Janna Nick tajuk lagu Mungkin Saja lirik oleh Kuncidemak. 

Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta

“Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.”
Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya boleh diselamatkan.
Kata Ain Syifa, “Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!”
Kata papa, “A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful.”
Kata mama, “Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business.”
Kata Ustaz Abdul Rahim, “Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk. Talak atau penceraian itu adalah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenci Allah SWT.”
Kata Zaidan Iman, “Belajar cemburu sama tau... cemburu tu tanda pengukur cinta pada suami atau isteri. Macam ustaz cakap tadi tu, tak ada orang nak bagi syurga dia pada orang lain.”
Apakah perlu ada cabaran untuk menyintai Zaidan Iman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidak sempurna cinta, tanpa dia...
“Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.”
 


Tak sabar ekin nak tengok drama ni hihihi... tertengok shukri yahaya alahai tersuka tanpa sengaja nak layan cerita ni hahahha... 

You Might Also Like

10 ulasan

  1. mark adam ada. sure best ;)
    tak sabar nak tengok.
    thanks share this cik ash :)

    ReplyDelete
  2. wah tak dapat nak tengok, umah tak ada astro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak eyda ekin yg ada astro pun xsempat nak tengok... tengok online gak pun....

      Delete
    2. hehehe dapat juga laa tengok.. akak nih klu nak tengok online kena buka kat laptop sendiri laa..

      Delete
  3. tak tertengok dah cerita cerita sekrang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ekin pun xtaw blh tngok tak...

      Delete
  4. Ala.. Astro ke?? Baru berangan-angan nak tengok..

    ReplyDelete

Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME Ogos 2017