Resepi Daging Masak Merah Thai

June 08, 2016

Resepi Daging Masak Merah Thai



Hai korang semua... nampak gambar diatas hihihihi.. itu la menu berbuka ekin pada hari ke 3.. Menu ni ialah Daging Masak Merah Thai..hari ini baru sempat nak share resepi kan.. biasa bulan puasa penat la sikit kan ni pun gagahkan diri update untuk korang semua...


Bulan puasa ni menu berubah-rubah  masak ok la suami ekin dapat terima selalu nak makan ayam jah dia sampaikan ekin tak taw nak masak menu ayam hahahahahaha...

Daging masak merah thai ni ekin dapat dari resepi blog Kak Azie tapi ekin tak ikut resepi dia sebab ekin tak ada barang sangat hihihihi... kat bawah ini resepi versi ekin punya.

Resepi Daging Masak Merah Thai
Oleh: Cik Ash  

Semangkuk Daging Lembu - rebus daging bagi empuk dengan perwarna merah (ekin guna pewarna ros tu) 
2 ulas bawang putih - ketuk 
1 labu bawang besar - hiris 
1 sudu besar cili serbuk - bancuh dengan air 
3 senduk sos tomato 
garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar 
1 biji lada merah 
2 helai daun limau purut 

Cara-caranya :- 

1. Rebus daging dengan sedikit pewarna ros hingga daging itu empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit . Ketepikan. 
2.Selepas itu bawang putih di tumis hingga nai bau dan kemudian masuk cili. Kacau sehingga cili itu betul-betul garing dan masukkan air rebusan daging , sos tomato. 
3. Kemdian masukan daging tadi, lada merah , bawang besar yang di hiris dan kacau. 
4.Perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun ketumbar di atas dan hidangkan dengan nasi putih.. 



You Might Also Like

10 ulasan

  1. bahan dia pun senang nak dpt. Ya Allah terliur baca :')

    ReplyDelete
  2. favret ni..macam senang je nak buat, boleh laa cuba nanti

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. SS nak suruh masak apa hihihihihi

      Delete
  4. nampak macam kat kedai lah.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihihi zaf kedai lagi menarik

      Delete





Terima Kasih Meninggalkan Komen Dekat Blog Cik Ash..

InsyaAllah Nanti Cik Ash Balas Kunjung Balas Bila Ada Masa Terluang


LIKE US ON FACEBOOK

>

PURPLE AWESOME OKT 2017